HAPPY BELATED BIRTHDAY....MY ONLY PRINCES

Lama juga tak menjenguk blog ni, kesibukan tugas di pejabat dan di rumah tidak mengizinkan aku untuk menjenguk blog ini.

19 APRIL 2010 genaplah 3 tahun usia puteriku yang satu itu, pejam celik pejam celik dah besar rupanya anak dara aku, tapi kalau bab menangis sambil menjerit dialah No 1, agaknya apa la yang aku buat masa pragnent kat dia dulu, bab mengadu pun no. 1 juga.

Memandangkan 19 April adalah hari bekerja dan aku pula berkursus maka kami memutuskan untuk meraikan hari jadi Hani awal sehari iaitu pada hari minggu, setelah berbincang kami pun memilih Secret Recipe Precint 14 sebagai tempat bertuah untuk meraikan hari jadi Hani.

kek pilihan adalah chocolate indulgance (yummy), menu lain adalah spagheti, nasi dengan black pepper beef, soup serta fries. yang sedihnya bila nak ambil gambar buat hal pula kamera tu. Maka tak ada la gambar kenangan untuk sambutan besday Hani yang ke-3. Kesian Hani, gambarnya memang tak banyak, biasala anak yang kedua excitednya kurang sikit berbanding anak pertama.

Sedang kami asyik menikmati hidangan Wafi bersuara "Mama, tengok tu orang tu macam kat dalam TV la" seorang wanita India sedang memilih kek, isy pelakon mana pulak ni aku tak kenal pun, pelakon India aku kenal Kamala Dewi je.

"entah mama tak perasan pun, cerita apa?, "

"A'ah, Abah pun tak pernah nampak kat TV", abahnya menyokong.

Tiba-tiba wanita India itu menghampiri kami dan menegur sapa "You're Fadzlul Wafi right"

Kami pun terkejut, sapa pulak ni, Wafi pun mengangguk, malu-malu.

"I'm his teacher at kindergarden, I teach him English" rupa-rupanya cikgu dikatanya nampak kat TV, Wafi, wafi.

Setelah berbual sedikit sebanyak Cikgunya pun beredar.

"Apa la Wafi ni, Cikgu jumpa hari-hari cakap nampak kat TV" Aku mengusik.

"Mama ni, mind Wafi tak boleh nak ingat, Wafi terlupa Wafi jumpa dia kat mana" Wafi menjawab malu.

..............................................................................


Alamak tersasar pula, posting ni nak cerita pasal Hani, cerita pasal si Abang pula.

Selepas makan kami pun balik. Wafi menuntut janji untuk pergi membeli hadiah. Besday adik dia pula yang lebih, biasala selalunya besday siapa pun yang seorang lagi mesti di belikan juga something, kalau tidak alamatnya berebut.

Malamnya selepas maghrib suamiku membawa kedua-duanya keluar untuk membeli hadiah seperti yang dijanjikan. Bukan main semangat lagi dua beradik ini.

Birthday girl dengan basikal barunya

Ciwi dengan hadiah masing-masing

Walaupun malam itu masing-masing belum puas beraksi dengan hadiah masing-masing, semua dikerah tidur memandangkan esok adalah hari persekolahan. Mama dan abah pun dah penat. Esok nak kerja.

"Ya Allah, panjangkan usia anak-anakku sebagai hambamu yang bertakwa. Jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan untuk aku dan suami tercinta di sana nanti. Amin"

No comments:

Post a Comment