Naik...Naik...Naik

Macam-macam barang naik, tak ada pun yang turun......minyak, gas, gula, tepung, bawang ntah apa lagi, semuanya naik. Aku ni kadang2 malas nak ambil pusing sangat kenaikan harga barang2 ni, sekadar merungut sikit-sikit. Apa nak buat, sumbangan tangan aku belum mampu membawa perubahan. Terasa memang la terasa. Tambah-tambah dengan pertambahan ahli keluarga. Tapi apa pun hidup harus diteruskan.

Increment yang masuk tak ada la sebanyak mana, tapi keluarnya MasyaAllah. Memandangkan gaji dah masuk tadi kami pergi langsaikan bayaran nursery anak-anak, yuran untuk tahun depan. Menggigil juga tangan nak bayar, lari juga bajet kami. Total kami kena bayar RM 1547.00. Bayaran nak masuk universiti pun tak sebanyak itu. Tahun ni yuran bulanan 3 orang permata hati kami RM 670. Bayaran asal RM 700. Setelah berunding dapat la kurang RM30. Tahun depan yuran naik lagi. RM 780. Tak ada diskaun. Alasan pihak pengurusan sewa bangunan dan harga barang2 naik. Faham atau tidak kami terpaksa memahami dan menerimanya. Itu kira taska / tadika pilihan kami bukanla yang ada 'brand'. Kalau yang ada brand tak tahu la aku. Lepas ni aku kena kurangkan OT. Tahun ini OT tiap2 bulan mencecah RM 200.

Tadi kami bayar yuran bersama Wafi, Alhamdulillah sedikit sebanyak Wafi telah memahami tentang kewangan, tentang bajet, tentang berjimat cermat. Sedang mengira2 keperluan sekolahnya yang belum diselesaikan, sempat juga dia offer duit yang dia kumpul untuk membeli barang mainannya.

"Mama, kalau tak cukup mama ambil la duit Wafi tu, Wafi tak payah beli mainan, beli Hani punya je" Dalam suka2 usik adik2, dia sentiasa mengutamakan adiknya dalam banyak hal.

Teringat aku kata-kata seorang penceramah....kalau hidup kat KL ni gaji RM 3000 kira kategori miskin....kalau melihat kepada harga barang2 sekarang cakapnya memang betul....Mana taknya, perbelanjaan untuk seorang anak paling kurang pun RM 500. Itu baru basic iaitu upah pengasuh, susu dan pampers. Itupun kalau anak tak banyak songeh. Dibuatnya anak kulit sensitif, ada alergi, minum susu berasaskan soya, pampers yang mahal je, mahu dekat RM800. Belum kira baju dan sampingan lain, perubatan lagi, insuran pendidikan. Mahu kena 1k. Rumah RM500. Transport RM500. Bil telefon, api, air, makan kat ofis, makan kat umah, kalau ada kereta, nak bayar road tax, insuran, servis lagi. Kalau kampungnya jauh, nak balik kampung sekali sekala, entah la memang tak cukup. Itu baru anak sorang, kalau anak ramai tak payah cakap la. Nak pula rapat2, setahun seorang, semua nak pakai pampers lagi....tak tahu la aku nak cakap.

Saudara mara dan kawan2 ada juga bertanya bila nak tambah ahli. Entahla, kadang2 bila Wafi selalu cakap nak sama banyak "boy" n "girl" teringin juga aku nak menambah ahli. Tapi bila melihatkan perbelanjaan sedia ada aku jadi takut. Takut tak dapat memenuhi keperluan anak2. Kata orang setiap anak yang lahir pasti ada rezekinya. Ya, memang setiap yang lahir telah ditentukan rezekinya. Tapi kita juga perlu merancang. Kalau memang dah kerja dengan orang dan tak berhajat pula nak buat kerja sampingan rezeki tambahan mananya untuk anak tu. Tapi iyala segalanya dari Allah, kalau dah rezeki nak dapat ahli baru kami menerimanya dengan tangan terbuka. Kita hanya mampu merancang, walaubagaimanapun perancangan dan pemberian Allah itu adalah yang terbaik untuk kita yang kita tidak dapat menjangkanya.

Antara aktiviti kegemaran kami sekeluarga adalah lawatan ke show house. Pantang ada launching rumah baru pasti kami akan ke sana. Saja mengisi masa terluang dan meninjau2 kawasan. Ini pun masuk bab harga naik. Takut aku tengok harga rumah sekarang ni. Harga melambung-lambung. Memang tak mampu nak membeli rasanya. Bayangkan kalau rumah teres sekarang ni semuanya starting dekat RM400k. Gila. Mana mampu orang kebanyakan nak beli rumah.

Dulu aku rasa kalau shoping penuh troly baru RM 200 kot. Sekarang kalau sekali shoping penuh troly kadang-kadang RM500 pun belum tentu cukup. Entahla, bercakap bab ini takut aku jadinya. Tak nak la aku panjangkan lagi. Apa pun aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini.

Ya Allah, Engkau murahkanla rezeki kami melalui sumber yang Engkau redhai. Engkau berkatilah rezeki kami Ya Allah. Engkau bimbinglah kami dalam membelanjakan segala pemberianMu ke jalan yang engkau redhai. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ma'al hijrah datang lagi....

Sekejap jer rasa...dah habis pun 1431H...macam baru je aku renew azam aku...banyak lagi yang tak tertunai....dah masuk tahun baru lagi....Alhamdulillah...Allah masih memanjangkan usia aku untuk bertemu tahun ini....

Azam aku tahun ini yang utama adalah untuk menjadi ibu yang lebih penyabar...Ya Allah bantulah aku.....Azam ini dah aku maklumkan kepada Wafi dan aku minta dia bantu aku.....entahla dia faham ker tidak...tapi bunyinya macam faham....bila aku tanya dia apa azam dia....katanya nak buat bagi adiknya Hani rajin....tolong dia mengemas....tersenyum juga aku dengan azam dia...tak der pula azam untuk diri dia...cuma aku minta dia tambah azam untuk solat cukup lima waktu dan baca quran setiap malam tanpa cuti....

Semoga tahun ini akan membawa kebaikan kepada kami dunia dan akhirat....

Ya Allah...Dipermulaan Muharram yang penuh keberkatan ini...kami memohon keampunan dan dan rahmatMu..... Bahagiakan keluarga kami.....Sihatkan tubuh badan kami....berkatilah rezeki kami........teguhkanlah iman kami.....kurniakan kami kenikmatan dalam melaksanakan perintahMu....bantulah kami Ya Allah dalam urusan kami...Engkau permudahkanlah ia Ya Allah....Amin...

Macam-macam yang menyeronokkan.....

Seminggu aku kat kampung...lebih kurang 8 hari...seronoknya....penuh program aku.....Biasa la dihujung2 tahun aku mencari-cari kursus untuk dicukupkan seperti yang tertera dalam pekeliling perkhidmatan....kursus perlu sekurang-kurangnya 7 hari....aku terlalu sibuk memberi peluang kepada orang lain untuk berkursus sehingga diri sendiri tak ter'kursus'...

Dalam mencari-cari kursus biasanya INTANlah yang akan ku pilih....Alhamdulillah permohonan aku untuk berkursus di INTURA pada bulan Ramadhan yang lalu diluluskan... maka pada minggu lepas selamat la aku berkursus selama 5 hari....INTAN wilayah utara sememangnya strategik untuk aku kerana anak-anak boleh dibawa bersama untuk bersama Tok dengan Wan....Sedikit menyusahkan orang tua untuk menjaga cucu...maklumlah dah penat ayah dan mak menjaga aku sampai besar nak suruh pula jaga cucu...tapi biasa la...kalau dah namanya cucu memang seronok tok dengan tok wan melayan....sekali sekala pula cucu balik.... anak-anak pula sejak aku bagi tahu 2 minggu sebelum tu asyik tanya ja bila nak balik kampung....letih nak jawab....

perjalanan dari rumah mak ke INTAN mengambil masa 40 minit....tapi tak der la rasa sangat jauhnya....itu lebih baik daripada menginap di INTAN tanpa anak-anak....Kepulanganku ke kampung ini dengan pelbagai misi....sambil menyelam minum air, tangkap ikan, udang semua yang boleh....Alhamdulillah segalanya tanpa dirancang berlaku serentak....perancangan Allah untuk hambanya memang baik...walaupun kadang-kadang kita tidak menyedarinya......Segalanya berjalan lancar.....

Selesai berkursus agenda aku adalah untuk bertemu sahabat-sahabat sekolah yang telah sekian lama tidak bertemu....aku tak pernah pun menyangka yang panggilan seorang teman yang telah lama tidak dihubungi memberi idea kepada aku untuk menganjurkan pertemuan pertama kami selepas 14 tahun....Alhamdulillah reunion kecil untuk 8 orang ahli rumah sewa yang kami namakan Zukhruf Addarain berjalan lancar...walaupun tanpa kehadiran seorang ahli....terima kasih kepada tuan rumah atas segala persediaan dan sambutan yang diberikan kepada kami....Walaupun akulah yang paling jauh perjalanan untuk sampai ke sana dan paling lewat sampai....tapi kerana pertemuan yang sangat dinantikan ini aku langsung tak terasa penatnya....dengan pertemuan ini kami telah mencapai kata sepakat untuk menjadikan pertemuan kami sebagai agenda tahunan.... Seronok tengok kawan-kawan...semuanya bergelar Ustazah....semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan..

Bergambar kenangan setelah 14 tahun


hari ke-7 dikampung adik aku bertunang....Alhamdulillah semuanya seperti dirancang...semoga adik aku akan bahagia dengan pilihannya....pesan aku pada adik aku jangan ditanguh lama tempoh pertunangan ini.....6 bulan seperti yang dijanjikan sedah cukup untuk membuat persediaan.,..kata ayah lagi cepat lagi bagus....bila bertunang bab belanja selalu jadi isu....kadang-kadang orang macam berlumba pula letak belanja tinggi-tinggi....entahla....kata ayah berapa pun orang letak tak penting....yang penting persetujuan kedua pihak dan mampu ditanggung oleh pihak lelaki...kalau tinggi pun belanja yang diletak duitnya tak kemana....untuk depa berdua juga....kata adik aku yang lain pula....kalau tinggi-tinggi takut tak berkat...mana tahu mungkin si lelaki tak ikhlas....tapi bagi aku ayah cakap ada betulnya tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak berselindung...persetujuannya itu adalah ikhlas dan tidak sampai perlu berhutang....jangan jadi macam cerita P Ramlee....yang lelaki pula kalau dah namanya nak kahwin perlu la bersedia selain daripada persediaan mental, fizikal dan rohani....kewangan perlula kukuh.....hantaran yang diletak bukanla menunjukkan harga bakal isteri....tetapi sebagai tanda tanggungjawab awal si lelaki untuk beristeri....wang bukanla segala-galanya....tetapi wang akan membawa bahagia jika bijak menguruskannya....

Hari terakhir....aaahh...malasnya aku untuk kembali ke Putrajaya....tapi hubby seorang diri kerana sibuk bekerja....Anak-anak pun rindukan abahnya.....alhamdulillah kami selamat sampai jan 8.30 malam....sempatla aku bersiap-siap untuk bekerja keesokannya....

Aidil Adha tanpamu....kampungku dan ayah ibu...

Kalau kat kampung hari ini agaknya lagi banyak aktiviti ziarah raya masih dibuat (Jumaat cuti pula tu)....tapi kat sini aku dah kerja. Hari raya kedua pun aku dah start kerja. Kalau kat Kedah dapat juga 2 hari cuti raya.

Tahun ini kali kedua aku sambut hari raya Qurban di perantauan....perasaan aku.... entahla....adik aku ikut sama meraikan raya di sini bersama kami....tak ada persediaan yang kami buat...kalau kat kampung 9 zulhijjah tu mesti sibuk buat ketupat lemang dan yang sewaktu dengannya....tapi kat sini aku di ofis....bekerja seperti biasa....

Alhamdulillah dapat juga aku dan hubby berpuasa....walaupun wafi tak berjaya puasa tetapi sekurang-kurangnya dia tahu tentang sunat puasa sempena hari wukuf dan dia ada keinginan untuk berpuasa diawalnya....Moga semangat itu akan dibawa hingga ke akhirnya...

Aku tak pasti kenapa...raya kat sini aku langsung tak ingat nak sediakan baju raya....nak pilih siap-siap baju yang nak dipakai...apatah lagi nak iron baju tersebut....agaknya tak ada suasana berebut-rebut iron atau suasana meriah seperti di kampung....sudahnya pagi hari raya agak kelam kabut. Memandangkan solat aidil adha dibuat awal hubby tak sempat breakfast....Maaf yer bang....

Seperti biasa bila ada anak kecil ni aku hanya solat raya di rumah....bersendirian...
Menyediakan juadah....juadah ringkas di pagi raya...tak ada ketupat seperti lazim di kampung....macam tak kena pula menu breakfast aku.....keropok lekor dengan bihun sup dan laksa......apa-apa la....janji kenyang....Sarapan raya dinikmati setelah hubby pulang dari solat....

Jam 11 pagi kami bertolak ke Gombak seperti yang dijanjikan....Ganti raya di Kedah adalah raya di Gombak....Lama kami di Gombak....berborak dan makan...menerima tetamu seolah-olah kami tuan rumah....3.30 ptg bertolak ke rumah kawan hubby di Cheras. Ini juga adalah antara rumah yang sering menjadi kunjungan kami.....4.45 petang bertolak ke rumah Pak njang di TUDM Subang....dah lama kami tak berkunjung....setiap kali kami berhajat untuk membuat kunjungan orangnya sibuk atau balik Kampung....Bercerita agak lama.....dari solat asar hingga ke solat maghrib....Sesudah maghrib kami bergegas pulang....esoknya kerja....2 lagi rumah sahabat dan saudara di Kajang dan di Putrajaya dalam list kunjungan tidak kesampaian....maafkan kami....lain kali ya...

Hari ini Alhamdulillah....teman sepejabat telah berjaya berhijrah....Hijrah menunaikan tuntutanNya....Menjadi muslimah seperti yang dituntut...memelihara kecantikan anugerahnya.....Tahniah dik........bersempena tahun baru hijrah yang bakal menjelang semoga hijrahmu berkekalan....فاستقم كما أمرتم.....

Ya Allah...Engkau kuatkanlah hati-hati kami dalam melaksanakan perintahMu...
Ya Allah... Janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk....Amin...

HAPPY BESDAY BABY!!!!!

Alhamdulillah, semalam genap setahun usia Farid Wajdi anak bongsuku. Hari Jumaat, penghulu segala hari. Sekejap jer masa berlalu. Masih terasa lagi debaran saat-saat buat pregnancy test, Masih terbayang lagi saat-saat aku tawaf keliling katil menunggu waktu subuh di awal contraction. Masih teribgat lagi saat-saat kelam kabut hubby drive ke hospital selepas hantar Si abang dan Kakak ke taska. Macam terasa lagi saat-saat kesakitan untuk melahirkan anak.

Sungguh cepat masa berlalu. seperti pepatah arab. "Masa itu umpama pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita" Memang tepat sekali pepatah tersebut. Teringat pula aku dekat usatazah. Apa khabar agaknya Ustaz Ustazah yang banyak mencurahkan ilmu untuk aku. Syukran Ya Ustaz/Ustazah. Terima kasih cikgu. Tanpa kalian siapalah aku. Ya Allah Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa guru-guruku. Tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman.

FARID WAJDI, berpadanan dengan namanya memang anak yang manja, suka melekat. Seingat-ingat aku memang pantang la didukung mesti melentok atas bahu. Pantang kita duduk dia datang mesti melentok kepala kat riba. Tabiaat ini tak ada pada abang dan kakaknya. Bukan tak ada langsung tapi tak adala memanjang macam si WAJDI. Pantang dapat peluang. Itula agaknya antara kesan-kesan Breastfeeding. Breasfeeding memang pengikat kasih sayang. Anak-anak breastfeeding sememangnya manja. Mana taknya asyik melekat je. Tambah-tambah tidur malam. Naik lenguh satu badan.

Cakap pasal breastfeeding Alhamdulillah, niat di hati untuk tempoh setahun telah berjaya. Nak dapat 2 tahun penuh, entahla, sekarang pun macam dah kurang motivasi. Kesibukan yang terpaksa dan yang dicari kadang-kadang membuatkan aku alpa. Sudahnya waktu production dah tak betul. Kalu timing dah tak betul susu pun dah merajuk. tak nak pula dia keluar. Sudahnya aku pula yang tension. Lagi tak bermotivasi. Ya Allah berilah aku kekuatan.

Sempena dengan hari kelahiran WAJDI kami sekeluarga ke dTasik@Uniten untuk menikmati makan malam. Wafi n Hani memang suka sangat makan kat sini. Ada band untuk halwa telinga. WAJDI asyiknye melihat. Wafi minta lagu superman. Itu memang lagu kesukaan budak-budak. Kat ofis pun masing-masing cakap anak-anak suka lagu tu. Service dan makanan di sini lebih baik ni sejak pengurusannya di ambil alih oleh pihak Residence. Begitulah yang kami difahamkan apabila kami bertanya kepada pihak dTasik apbila melihat perubahan ketika kami ke sana pada bulan....bila ye..tak ingat pula. Yang pasti kami suka dengan perubahan yang berlaku.

WAJDI hari Selasa tu demam, nak alih tahun agaknya. Alhamdulillah demamnya tak la teruk sangat cuma batuk dan kahaknya banyak sikit. Malam tadi pun mengamuk juga tak nak tidur. Melekat sepanjang malam. Dah boring melekat mengamuk. Abahnya sekali kena bangun. Injection tertangguh sebab demam. Bila pula agaknya aku nak pegi klinik ni

WAJDI dah boleh melangkah selangkah dua jatuh, tapi rajin berusaha, puji-puji sikit, tersengih-sengih sambil bangun dan mencuba. Semoga WAJDI akan terus membesar dan menjadi seorang yang cekal dan tabah. Si Wafi dengan Hani juga rajin memberi galakan kepada adiknya. Agaknya mereka pun tak sabar nak bagi adik tu boleh berjalan dan bercakap. Ada extra kawan untuk bergaduh.

Hari ini Wafi ada kem bestari Solat merangkap cuti ganti sempena Hari Raya yang lalu. Kami semua tidak merancang untuk kemana-mana sehingga petang. Sesi mengemas rumah yang tertunggak sejak Hari Raya yang lalu. Sesi mengemas besar-besaran. Alhamdulillah selesai juga walaupun tak sepenuhnya. Tapi apa yang penting dah buat. Yang kecil-kecil boleh dibuat sikit-sikit. InsyaAllah selepas asar kami akan ke Gombak untuk sekali lagi meraikan WAJDI. Semalam Anis telefon ajak diner di sana. Ibu masak spesel katanya. mmm....apa agaknya menu di Gombak malam ni.

Sekali lagi happy besday FARID WAJDI. Semoga dipanjangkan umur dan menjadi anak yang soleh. Muslim yang bertakwa. AMIN.....

Sibukkah Aku??????

Lama sungguh aku tak menjenguk blog ni, ramadhan hanya sekali aku ziarah, syawal langsung tak ziarah, zulkaedah pun dah hampir ke hujungnya. Kiranya 2 bulan aku tak jengah, agaknya kalau rumah tak dijenguk ntah macam mana bersawangnya rumah aku, tak dapat nak dibayang,sibukkah aku?

Ada banyak cerita yang nak aku kongsikan sepanjang syawal, tapi tuntutan rumah terbuka yang menjadi amalan warga kota membuatkan aku kepenatan. jangankan rumah di alam maya, rumahku di alam nyata juga kurang terurus. Alhamdulillah hubby banyak membantu dan tidak cerewet. Membantu di mana perlu.

Sepanjang hujung minggu dibulan syawal setiap minggu dipenuhkan dengan kunjungan rumah terbuka sahabat handai. Itu pun ada yang tak tertunai. Kepada yang menjemput tapi kami tak sampai maafkan kami. Menjadi amalan kami setiap kali berkungjung untuk 'bertapa' agak lama. Sebenarnya bukan itu yang dirancang tetapi itula yang Banyak sangat topik yang dibualkan. Sudahnya ada rumah yang tak sempat sampai.

Awal Oktober pula sibuk dengan training netball memandangkan team kami baru ditubuhkan untuk menyertai tournament yang dianjurkan oleh PUSPANITA. Setiap hari sesi latihan diadakan. Iya la, masing-masing dah lama tak turun padang. entah zaman bila last main. Yang mana terpaksa bawa askar, bawa askar. Mana taknya yang main semuanya mak-mak budak yang anak baru nak membesar. Kebanyakan kami juga tak ader maid, super mama. hehe. kelakar pula bila ingat-ingat balik.

Tounament pada 16 Oktober di Dungun, Perjalanan dan pertandingan yang penuh warna warni. Macam-macam sejarah tercipta. Apa yang penting semangat kesukanan dan kami semua enjoy walaupun tak menang. bukan kalah tapi tak menang. Apa bezanya yer? InsyaAllah lepas ni kami akan tingkatkan latihan untuk memastikan masing-masing mempunyai stamina.

Ahadnya kami mengikuti ceramah kesihatan wanita. Sempat lagi buat paps mear. Jauh tu dari Putrajaya buat papsmear di Kemaman. Apapun harap2 semua orang tak ada masalah. Sihat semua.Amin

Tapi dah habis bulan 10 pun bayak lagi yang tertangguh.....banyak lagi plan aku tak jadi....banyak lagi yang tak terurus....agh....Ya Allah....berikanlah aku kekuatan, ketabahan dan kebijaksanaan dalam tugas seharian. Permudahkanlah segala urusan...Amin...

Puasa & Ramadhan

Dah lama tak jenguk blog ni, bulan puasa ni asyik ngantuk je, lepas solat maghrib memang dah tak tahan, mesti kena tidur dulu, si abang dan kakak selalunya hubby yang layan, aku tidur dengan si kecik.

Pejam celik pejam celik Ramadhan pun dah nak masuk 10 akhir, kat mana aku yer Ramadhan ni, banyak juga benda tak terbuat, Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan.
Minggu pertama puasa aku tak masak sangat, hubby asyik beli ja, katanya kesian pula aku balik nak masak, tapi iyala kalau nak beli hari2 tak hadap jugak aku, orang berniaga pula mahalnya Masyaallah....itu la, bila ingat2 balik andainya la aku duduk kat kampung...
Sebut pasal kampung tahun ni kami tak balik sambut puasa di kampung. Cuma balik seminggu sebelum puasa, itu pun sekadar semalam ja singgah, kebetulan aku ada kerja di sungai petani, lagi pun mak dan ayah nak ke mekah menunaikan umrah...alhamdulillah tertunai juga hajat mak nak ke rumah Allah....aku? entah la..bila agaknya.
Alhamdulillah Wafi puasa juga walaupun dah 2 hari dia tinggal. Sebelum puasa asyik tanya bila puasa. Hari pertama puasa bukan main semangat bangun sahur, penuh ceria, tapi balik petang dah melepek, kesian pula tengok. Tapi Alhamdulillah dia dapat bertahan sampai petang.
Kali pertama dia tinggal, terkilan juga aku sebab dia berbuka dah 5 petang. hari tu cuti. Pukul 5 tu dia tersenyum-senyum, aku tanya kenapa? Katanya baru je buka puasa, minum air sebab dahaga, nak cakap apa lagi dah, membebel je la sikit2, pastu masa berbuka tak bagi dia makan sama, tapi tak sampai hati pulak, sekejap jer la. pastu panggil makan sekali. Kali kedua berbuka dia kata sebab puasa dia dah batal sebab korek hidung. Aku sekadar membetulkan fahamannya. Moga2 dia faham.

Semalam semua serba tak kena pada Wafi. Aku pun rasa macam penat membebel. Berbeza dengan hari ini. Mood Wafi baik sekali. Segalanya baik sahaja. Habis satu rumah dikemasnya. Atas bawah. Pagi2 bangun dah baca Muqaddam. Semuanya dibuat tanpa disuruh. Layan adiknya dengan baik sekali. Tolong jaga baby tanpa disuruh. Buat salah terus minta maaf. Adiknya buat salah dicakapnya baik2. Yang buat aku confius tu TV tak tengok. Siap tanya lagi "Mama, ada apa2 tak yang Wafi boleh tolong lagi" Entahla mungkin segala nasihat aku semalam kena dosnya. Aku percaya bahawa nasihat itu adalah ubat. Kalau betul dosnya InsyaAllah menjadi. Tapi kalau salah dos lain pulak jadinya. Mungkin akan bertambah parah. Ya Allah engkau kekalkan segala kebaikan anak-anakku. Amin.

Semoga Ramadhan yang berbaki ini dapat aku sekeluarga imarahkan dengan sebaiknya. Ya Allah engkau kurniakanlah kekuatan kepada kami dalam menghidupkan malam-malammu Ya Allah. Engkau temukanlah kami dengan Lailatul Qadarmu Ya Allah. Engkau permudahkanlah urusan kami. Engkau jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang melalaikan. Rahmatilah hidup kami.....Amin Ya Rabbal Alamin

Rindu Terubat.........

Setelah tertangguh beberapa kali, akhirnya dapat juga kami semua balik kampung. Walaupun macam-macam yang berlaku, dengan anak demam, tayar pancit dalam perjalanan, hujan sepanjang jalan, R n R sesak macam cuti raya, tapi Alhamdulillah kami selamat sampai. Kami telah memutuskan untuk meneruskan niat walau apapun yang berlaku memandangkan telah beberapa kali menghampakan orang tua.

Aku ingat lagi ayat mak dalam telefon pada hari Khamis semasa kami sedang menikmati sarapan pagi dalam perjalanan ke UTM atas urusan rasmi. Rasa macam bersalah pula sebab asyik tangguhkan niat balik kampung.

" Assalamualaikum, mak ni, sibuk ka? Mak saja ja nak tanya, dengaq kata hangpa nak balik kampung, jadi ka?" mak memulakan bicara.

"InsyaAllah mak, plannya macam tu la"

"Alhamdulillah, takpa la mak nak tanya tu ja"

Mengingatkan perkataan Alhamdulillah dari mulut mak dengan nada yang tak dapat aku nak bayangkan betapa seronok dab puasnya dia dengan pengakuan aku menyebabkan aku rasa bersalah sangat. Rindu sangat mak dengan anak menantunya, cucu-cucunya mungkin.

Mak! Maafkan kami.

Balik dari JB aku dapati demam si Hani agak kuat. Dengan gatal-gatal lagi. Hubby pun baru sampai. Jam dah dekat 10.00 mlm. Alhamdulillah Timah cuti, kalau tidak kesian budak-budak kat nursery sampai malam. Timah pun sebenarnya nak balik dah pagi tu memandangkan esoknya dia mula bekerja semula, tapi aku minta dia tolong tunggu budak-budak dulu. Lagipun esoknya dia shift petang. Masih ada masa kalau bertolak pagi Jumaat tu. Terima Kasih adikku atas bantuanmu.

Lepas makan kami terus bergegas ke Klinik. Timah pun tak nak tunggu dah, ada hal katanya. Dia bertolak balik serentak dengan kami. Alhamdulillah di klinik tak perlu tunggu, sebab dah tak ada orang. Iya la, klinik pun dah nak tutup. Si Hani ni ada alahan. Tapi aku pun tak pasti dia alah kepada apa, tetapi kulitnya selalu gatal-gatal, tapak kaki dan tapak tangan pun bengkak dan nampak macam pecah darah. Waktu alahannya datang kesian pula aku tengok, asyik tergaru-garu, habis melecet badan dia. Paling kesian kalau naik kat muka.

Kami telah pun membawanya berjumpa paedratician tapi mengikut keputusan ujian darah dan air kencingnya tiada sebarang masalah. Cuma anak aku dikatakan kurang Vitamin. Memang aku akui Si Hani ni susah makan. Selalunya memang nak nasi kosong je. Tak nak lauk. Sayur jauh sekali. Aku pun dah mati akal nak pujuk dia makan.

Aktiviti di Kampung

Anak-anak telah dimaklumkan jadual di kampung. Bermalam di rumah Wan Husin semalam,, kemudian di rumah Wan Isa semalam. Itu la untungnya berkahwin dengan orang sekampung. Kami tak perlu memikirkan sangat. Kami boleh berulang alik lebih sepuluh kali pun antara kedua-dua rumah. Dulu masa tak ada anak itu la kerjanya. sekejap sana, sekejap sini, tapi bila ahli dah makin ramai aktiviti tu tak ada lagi. Banyak sangat barang nak di angkut.

Balik kampung kali ini sunyi saja rasanya. Sebab tak ada sapa yang balik. Baik rumah baba mahu pun rumah ayah. Agaknya itu la yang orang tua suka sangat kalau anak cucu balik. Ceria sikit rumah dengan riuh rendah cucu.

Memandangkan percutian yang singkat, masa yang terhad, aku hanya menghabiskan masa di rumah berborak dengan mak dan mak-mak saudara yang berdekatan. Hubby seperti biasa menemani Baba pergi kebun, pergi pekan beli barang keperluan terutama barang dapur untuk orang tua. Kat rumah baba anak-anak sibuk main-main dengan sepupu. Kat rumah ayah pula merata rumah diaorang masuk. Ibu / bapa saudara ramai yang melayan, begitu juga tok dan tokwan saudara. Sekala sekala cucu balik mesti la dapat perhatian.

Kesempatan yang ada juga kami ambil untuk ke Pasar membeli barang-barang keperluan yang memang biasa diimport dari Baling. Balik kampung sekejap sememangnya memenatkan. Sampai ke kampung tak terasa penatnya sebab kita memang teruja untuk balik kampung. Tapi nak balik semula ke rumah memang sesuatu yang amat memenatkan. Nak pula esok kerja. MasyaAllah Tuhan je yang tahu betapa bercintanya nak bersiap. Apa pun aku besyukur sekurang-kurangnya dapat bertemu orang tua, walaupun sekejap tetap berbaloi.

Apapun rindu orang tua terubat juga........Semoga kedua orang tua dan mertua dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Semoga kami anak-anak menantu mereka dapat menabur bakti sepanjang hayat mereka. Amin.

Ayah dengan anak-anak
(susah sungguh nak ambil gambar mak)


Baba dan Mak - ibu bapa mertuaku

Indahnya hidup Bersyariat......


Buku ini aku beli semasa Pesta Buku 2010 pada Mac yang lalu. Alhamdulillah buku ini telah selesai aku baca. Namun untuk mengingati dan mengikuti semua syariat di dalamnya belum lagi. Yang Wajib dilaksanakan InsyAllah....Semoga kami semua sentiasa dibawah lindunganNya untuk melaksanakan kewajipan sebagai hambanya. Walaubagaimanapun aku ingin berkongsi dan memberi kredit kepada penulisnya iaitu Ustaz Ismail Hj. Kamus dan sahabat serta penerbitnya Telaga Biru. Aku membeli buku ini dengan harga RM49 semasa Pesta Buku. Rasanya harga pasaran adalah RM55. Tetapi harga ilmu yang diperolehi pastinya lebih bernilai dari wang ringgit yang telah dikeluarkan. Terima kasih kepada penulis serta mereka yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku ini . Semoga mendapat ganjaran dari Allah di atas perkongsian yang menarik ini. Buku ini harus menjadi koleksi rujukan setiap rumah.

Sedikit Ulasan buku ini....

Ia mengandungi panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga dan seluruh masyarakat (fardu kifayah), merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, pendidikan remaja, muamalat, munakahat serta amalan-amalan zikir, doa dan adab.

Teknik penyampaian buku ini sangat menarik perhatian aku. Ia tidak membosankan, ringkas dan padat disokong dengan carta, jadual dan rajah serta gambar berwarna penuh yang memberi lebih kefahaman dan penghayatan terhadap apa yang hendak disampaikan. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah kerana disertakan makna yang akan memberi lebih penghayatan kepada kita apabila membacanya. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan langkah demi langkah.

Mungkin selepas ini untuk aku akan jadikan buku ini sebagai hadiah untuk pasangan pengantin yang bakal aku hadiri majlisnya.......InsyaAllah






Hujung Minggu yang sibuk.........

Bila anak tak sihat banyak program perlu diadjust semula. Entahlah anak aku yang kecil ini penyakitnya berulang. Kalau dia start selsema aku mula susah hati sebab selalunya bila selsema batuk dan demam juga akan mengiringinya.Umur baru 7 bulan dah dua kali masuk wad. dah 6 kali buat fisio. Kembang hidung anak aku lama-lama kalau berterusan macam ni.

Demam berterusan

Kali ni dia mula demam sejak kami balik dari Tampin. Start dari Ahad tu demamnya berulang. Makan ubat baik lepas tu demam balik. Bila dah masuk 3 hari demam kami ke klinik. Dr. cakap tak ada apa. Tapi kalau dalam 3 hari berterusan juga kami diminta untuk ke klinik semula. Balik dari klinik macam kurang sikit, kalau sebelum tu malamnya pukul 2 -3 pagi aku bangun bagi ubat tapi kali ni dah tak perlu. Pagi nak pergi kerja pun dia ok sahaja. Tapi tiba-tiba hari Jumaat aku nak pergi kerja panas sangat badannya sampai 39 darjah. Sudahnya aku sms bos mohon izin untuk masuk ofis lambat atau EL, bergantung kepada keadaan demam wajdi. Ikutkan hati aku nak aja cuti, tapi aku sepatutnya handle perbincangan pagi tu jam 9.00. Petang ada meeting di JPA. Memang tak seronok nak menyusahkan orang lain. Tapi apakan daya, aku terpaksa. Alhamdulillah kawan-kawan yang ada semuanya baik-baik belaka, hampir jam 11 juga aku masuk ofis setelah dipastikan wajdi tak panas lagi badannya. Alhamdulillah, Alllah memudahkan urusan aku, dapat juga aku ke JPA petang tu.

Bowling Jabatan

Hari Sabtu ada Bowling Jabatan, aku bukannya pandai main pun, saja suka-suka ajak hubby join sekali, dia pun 2 x 5 juga cuma beter dari aku. Anak-anak semua dikerah bangun awal untuk ke Mines. Pendaftaran 9.00 pagi, tetapi biasala kami jam 9 baru bertolak dari rumah. Apa pun kami tidaklah terlalu lewat, just in time before Ketua Pengarah sampai.

Sakit juga tangan aku, lagi bertambah sakit bila tengok bola masuk longkang. Kumpulan ditentukan berdasarkan undi. Kasihan si Wan yang termasuk dalam group aku, hubby dan k.hawa. Kami semua tak pandai main. Agaknya dia pun tempias dengan corak balingan kami bertiga yang asyik masuk longkang, sudahnya kami dapat hadiah, kategori bobby berkumpulan....untuk kumpulan kedua tercorot......cukup untuk wafi dan hani tak berebut

"Mama menang ke....dapat hadiah" tanya Wafi

"a'ah hadiah untuk orang tak pandai main"confius Wafi dengan jawapan aku....terus tak tertanya lagi....agaknya dia pun tak kisah....janji dapat hadiah....


Game tamat dah tengahari., kami terus bergegas ke restoran kegemaran Larizz di Sungai Merab untuk makan tengahari. Selepas makan kami singgah di Alamanda untuk membeli barang-barang keperluan memandangkan banyak barang yang sudah kehabisan stok. Tiada window shoping, anak-anak telah dimaklumkan awal bahawa hanya barang dalam list mama sahaja yang akan dimasukkan dalam trolley. Siap beli barang masing-masing sudah keletihan, kami terus bergegas ke rumah untuk berehat sebentar sebelum meneruskan agenda malam.

Kenduri dan pertemuan ahli Baitul Arash

Wajdi tidak menunjukkan tanda-tanda demam, tapi selsema dan batuknya masih ada. Setelah semua cukup rehat, seperti yang dijanjikan selepas asar kami terus bergerak ke Gombak untuk kenduri sempena pertunangan anak Pak Anjang dan Mak Anjang sekaligus pertemuan Ahli Baitul Arash. Majlis diadakan di Taska K. Siti memandangkan ruang di Taska lebih luas. Kami sampai sebaik azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib merangkap tetamu pertama yang sampai ke Taska. Hujan renyai-renyai ketika kami sampai..

Selepas maghrib semakin ramai ahli keluarga yang sampai. Macam biasa wajdi akan mendapat ramai nanny, dari satu tangan ke satu tangan. Cuma aku risau demamnya akan kembali.
Wafi dan Hani sibuk bermain dengan Anis dan sepupu-sepupu Anis yang lain.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, juga diraikan ulangtahun perkahwinan Pak Anjang dan Mak Anjang. Kemudian mesyuarat Ahli Baitul Arash dimulakan. 3 Tabung dilancarkan pada malam itu.....antaranya tabung nak yatim untuk membantu anak-anak yatim dalam keluarga Baitul Arash sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.

Memandangkan kami ni ada saja di mana-mana program keluarga ini, Abang Ghani selaku YDP baitul Arash mencadangkan agar kami dijemput untuk menjadi ahli keluarga Baitul Arash secara rasmi. Semua ahli keluarga bersetuju dan mengalu-alukan penyertaan kami. Rasa terharu juga dengan jemputan dan sambutan keluarga ini, memandangkan ahli keluarga jauh di utara sana, keluarga inilah yang membuatkan rindu kami pada ahli keluarga dan kampung terubat. Walaupun belum semua ahli keluarga ini kami kenali tapi perjumpaan-perjumpaan yang berlaku ketika kami kerumah Abang ghani dan K.Siti membuatkan kami semakin hari mengenali semakin ramai ahli keluarga ini. Kemesraan yang ditunjukkan membuatkam kami terasa seperti sebahagian daripada mereka. '

Selesai mesyuarat acara makan-makan. Menu yang menarik dan pastinya sedap, tambah pula hujan makin berselera kami semua makan., kambing dan ayam bakar, bihun goreng, tembikai, coslow, kuih-muih, nasi dan yang paling aku suka semestinya sos lada hitam k.siti yang memang tiada tandingannnya pada aku, hotel 5 bintang pun kalah.

Wajdi dah tertidur, badannya dah dedar-dedar, akhirnya jam 11 malam semasa sesi tayangan video masa family day di Melaka bermula kami pun mengambil keputusan untuk berangkat balik. Anak-anak dah tertidur semasa dalam perjalanan. Di pertengahan jalan kami bertukar driver memandangkan hubby dah tak tahan mengantuk. Aku mengambil peranan sebagai pemandu..Sampai di rumah terus bagi ubat demam pada Wajdi...

Ya Allah...Engkaulah yang memberikan segalanya kepada kami....Maka engkau sembuhkanlah kembali anak aku. Kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepadanya...

Berulang Alik ke Hospital

Malam itu tidur Wajdi terganggu. Dengan batuk, selsema, muntah. Ya Allah, kasihannya anak aku. Badannya pun panas. Paginya kami mengambil keputusan untuk ke Azzahrah. Mengikut patern pernafasannya aku pasti anak aku akan dimasukkan ke "asrama" lagi. Ya Allah aku mohon kepadamu permudahkanlah urusan kami.....

Jangkaan kami tepat. Dr. Nik menyarankan agar Wajdi ditahan di hospital. Setelah berbincang alternatif yang ada jika tidak dimasukkan ke Wad, kami bersetuju untuk berulang alik ke hospital setiap 6 jam. Itu lebih baik daripada terpaksa berumah di hospital.Bermulalah episod kami berulang alik dari Putrajaya ke Bangi setiap 6 jam untuk 2 hari setengah. Si abang dan kakaknya pun terpaksa mengikut tatkala tengahmalam kami ke hospital. Baru je 2 minggu Wajdi keluar dari azzahrah, nurse kat azzahrah pun dah kenal si wajdi ni sebab banyak kali sangat berulang alik ke sana.

Alhamdulillah setelah 2 hari aku dan suami bercuti dan berulang alik dari rumah ke azzahrah wajdi kembali sihat. Semoga kesihatannya akan berkekalan. Semoga kami juga sentiasa dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menyusun segala urusan kami. Urusan dunia dan akhirat. Semoga apa yang ditentukan Allah untuk kami akan lebih mendekatkan kami kepadaNya. Amin

Balik Kampung?.....Kampung datang?

Rancangan untuk balik kampung tertangguh-tangguh sejak cuti sekolah bermula sampai la hari ni. Lepas satu minggu anjak lagi satu minggu sampai dah masuk Julai pun. Akhirnya bukan kami yang balik kampung, mak dan ayah yang nak datang. Katanya nak pergi ke Tampin berkenalan dengan bakal menantu. Adik aku dah dapat kot petunjuk yang dicari.



Plannya esok petang mereka akan bertolak dari kampung. Agaknya menjelang tengahmalan sampai la. Paginya kami akan bertolak ke Tampin sama-sama. Mak dan ayah akan datang berempat bersama adik (Balah) dan isterinya Anis. Anis tengah early pragnent tu. Adik aku ni kadang-kadang aku pun tak faham. Masa isterinya mengandung kali pertama dulu pun macam tu. Orang tu tengah pening-pening pun diajaknya juga jalan jauh. Dah la jalan jauh, tak sempat rehat pastu dah nak balik. Tapi tu la orang tua kalau ke mana-mana bukannya nak duduk lama. Kalau datang rumah 3 hari tu kira lama la. kalau lebih dari tu memang demam agaknya.



Bila bagi tahu anak-anak bukan main suka lagi tok dengan wannya nak datang.

"yeye...tok dengan wan nak datang" wafi dan hani sibuk menyanyi seronok.

Itulah anak-anak aku, kalau cakap nak balik kampung bukan main excited. Cakap sapa-sapa nak datang dari kampung pun sama juga excitednya. Tapi si kecik tu agaknya Tok dengan Wan la yang excited nak jumpa. Dah lama tak tengok cucu. Asyik MMS gambar jer, nasib baik ada juga teknologi canggih untuk tok dengan wan melepaskan rindu. Dari pada terlentang jer kat tilam sampai dah nak boleh berdiri tok dengan wan tak jumpa. Plan nak hantar balik kampung sebab outstation hari tu pun tak jadi.

Aku pun rindu juga nak balik kampung, tapi apakan daya ada sahaja perkara mendatang yang menghalang kami untuk balik ke kampung. Apa pun tak sabarnya nak tunggu mak dan ayah sampai. Itulah, kalau tak balik kampung pun, kalau mak ayah ada terasa macam berada di kampung. seolah-olah macam kampung yang datang.....

.............الحمدلله

2 hari 2 malam aku berkampung di hospital, Wajdi dimasukkan ke wad lagi sekali. Kesian pula melihatkan keadaannya. Belum pun setahun dah dua kali dimasukkan ke wad. Paling aku tak sanggup nak tengok masa buat fisio untuk buang kahak, melalak-lalak dia, sambil matanya memandang aku seolah-olah minta tolong. "sabarlah sayang, mama buat semua ni supaya anak mama cepat baik" Itu la saja yang mampu aku ungkapkan dalam hati....

Semua anak-anak aku mengalami masalah yang sama ketika kecil, cuma wajdi lebih teruk masalahnya, menurut Dr. baby yang mempunyai keturunan asma memang mudah dijangkiti. kerap berulang. Petandanya samabermula dengan selesema, kemudian dikuti dengan batuk, lepas tu akan demam, kemudian akan berlarutan sehingga nafasnya terganggu.

Selasa hari tu aku bawa Wajdi berjumpa paediatrician setelah batuk, selesema dan demamnya berlarutan 4 hari walaupun setelah makan ubat. Lagipun malam itu Wajdi tidak dapat tidur dan menyusu dengan selesa. Masuk je jumpa Dr. satu je statementnya...

"Ni dah tak payah pakai stetoskop ni...memang kena masuk asrama"

Letih aku mendengarnya., dah terbayang di mata anak aku mesti kena buat fisio, ambil nab setiap 4 jam. Kesiannya si kecik ni.

Habis semua plan kami nak balik kampung.....nak celebrate birthday ayah dengan wafi. Ayah 17 Jun dan Wafi 18 Jun....Happy Birthday Ayah! Happy Birthday Wafi!

Dr. pun minta kami tangguhkan dahulu perjalanan jauh. Kesian juga dengan Wafi, minggu lepas dah tangguh, abahnya tak dapat cuti, minggu ni tangguh lagi adiknya sakit pula, sudahnya cuti sekolah pun habis. Apa nak buat sayang, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Apa pun Alhamdulillah Wajdi dah sihat, aku bekerja macam biasa sebab dah bercuti 2 hari menjaga Wafi di hospital, semalam pun walaupun bekerja aku macam tak kerja sebab tengahari lama juga aku keluar uruskan Wajdi nak keluar hospital, hubby cuti menjaga Wafi semalam.

Hari ini Birthday Wafi. Belum tahu lagi apa nak buat. Hadiah birthday dia minta aircond. Hadiah lain yang diminta mikroskop dan teleskop. Dahsyat betul permintaan anak-anak zaman sekarang. Aircond dia minta sebab aku cakap bila dia genap 7 tahun dia kena tidur bilik sendiri. Katanya dia tak nak tidur bilik dia kalau tak ada aircond. So dia cadangkan hadiah aircond kalau nak dia tidur bilik sendiri. Wafi...Wafi....

CITA-CITA DAN IMPIAN

Putera sulong aku dah besar rupanya……macam-macam impian dan cita-citanya…..sering berubah mengikut persekitaran……..

Cita-cita pertama……

“Mama…..bila wafi dah besar wafi nak jadi pemotong kayu” simplenya la cita-cita anak aku…..

“Kenapa nak jadi pemotong kayu”

“Sebab pemotong kayu boleh buat apa sahaja, boleh buat almari, kerusi. meja, macam-macam lagi dia boleh buat.

“Habis tu bila dah siap wafi nak buat apa dengan semua tu”

“Wafi bagi la kat sapa-sapa yang tak de semua tu” pemurahnya anak aku

Aku agak idea ni timbul bila dia baca buku cerita pasal pemotong kayu

Satu hari pergi kedai perabot, tak berganjak tengok orang dok ganti kusyen kerusi makan…..bila aku ajak pusing-pusing dalam kedai tu tak nak

“Nanti la mama, wafi kan nak buat kerusi nanti bila dah besar, wafi nak tengok la dia buat sampai siap”


Cita-cita kedua….

Satu hari balik dari gunting rambut….

“Mama…..wafi tak nak la jadi pemotong kayu, wafi nak jadi penggunting rambut”

“Kenapa?”

“Sebab nanti wafi boleh gunting rambut siapa-siapa, abah pun tak payah pergi kedai gunting rambut lagi, wafi pun boleh gunting”

“Hani pun” adiknya menyampuk

“A’ah, semua orang tak payah pegi kedai lagi, wafi buat untuk semua orang”

Cita-cita ketiga…..

Balik dari tengok show house

“Mama…cantik tak kalau rumah kita macam ni” sambil menunjukkan lukisan keadaan dalam rumah

“Cantik”

“Kalau orang suka lukis macam ni bila besar dia boleh jadi apa mama”

“Kenapa? Wafi kan nak jadi penggunting rambut”

“Tak nak la, wafi kan suka lukis, penggunting rambut tak payah lukis”

“Kalau wafi suka lukis macam ni wafi boleh jadi arkitek, arkitek design rumah dan apa-apa bangunan”

“Ok la kalau macam tu, Wafi nak jadi arkitek la”

“Boleh, wafi boleh jadi apa sahaja yang Wafi nak, tapi kena belajar betul-betul”

Cita-cita keempat

Nampak orang senggara taman….

“Mama, arkitek buat taman-taman tak?"

"Tak arkitek design bangunan sahaja, taman-taman landscape designer yang buat”

“OOO, jadi lepas arkitek buat rumah, landscape designer buat taman kat luar rumah bagi cantik? Kat dalam rumah pun dia buat bagi cantik”

“Bukan, arkitek design rumah je, bila rumah dah siap interior designer pula buat kat dalam rumah bagi cantik, dah cantik kat dalam landscape designer pula bagi kat luar rumah cantik”

“oooo, kalau wafi nak bagi rumah kita cantik, wafi kena jadi semua tu la, wafi nak jadi semua tu la bila wafi dah besar”

“Banyaknya wafi nak jadi, larat ke wafi nak belajar banyak-banyak”

“Iyer la nanti wafi belajar la banyak-banyak”

Cita-cita kelima....

“Mama, Qari tu apa?

“Qari tu orang yang baca Al-quran, yang wafi tengok baca quran sedap-sedap kat dalam TV tu qari la”

“ooo, bila wafi dah besar wafi baca iqra’ mama Wafi jadi Qari la, Hani pun boleh ker?”

“Boleh, tapi kalau perempuan kita panggil Qariah, Kalau Wafi nak lagi baik Wafi boleh jadi Qari dengan Hafiz sekali”

“Hafiz tu apa?”

“Hafiz tu orang yang baca Quran tak tengok, sebab dia dah ingat, macam Pak njang”

“Pak njang Hafiz ke mama?”

“a’ah Pak njang hafiz la sebab boleh baca Iqra’ mama tak tengok”

terror tu pak njang, Kalau macam tu wafi nak jadi hafiz juga la, tapi mama kena la ajar wafi baca iqra Wafi bagi cepat habis, lepas tu boleh wafi baca iqra’ mama pula”

“Ok, Wafi pun kena la rajin, jangan tunggu mama suruh je baru nak baca, asyik tengok TV je ingat, Iqra’ memanjang kena suruh”

“iyer la, wafi tengok TV sikit-sikit jer”

“Kalau mama hantar wafi kelas tahfiz nak, dia ajar macam mana nak jadi hafiz, lepas kelas karate-do Wafi pegi kelas tahfiz, nanti mama survey, ke wafi penat kalau pegi banyak-banyak kelas?”

“tak per, wafi boleh, wafi kan nak jadik hafiz”

Cita-cita terakhir setakat ini…

Macam biasa aktiviti mereka main-main kat depan TV...entah apa rancangan TV aku pun tak perasan…tapi ada orang menyanyi…. Masing-masing aku dah suapkan nasi dulu memandangkan abahnya balik lambat.

Bila semua dah kenyang giliran aku pula makan nasi…….

Tiba-tiba……

“Mama… Wafi nak jadi artist la pula” Tersedak aku dibuatnya….elok-elok minggu lepas nak jadi hafiz minggu ni nak jadi artis pula.

“Kenapa pula nak jadi artis, kata nak jadi hafiz” Aku cuba mendapatkan penjelasan dan kepastian….

“Iyer la Wafi kan suka melukis, jadi Wafi nak jadi artist la”

Ya Allah berbezanya pemikiran aku dan anak aku

Itu la persekitaran mempengaruhi pemikiran kita.

Banyak yang aku belajar dengan anak-anak

Memupuk Cita-cita Anak-anak

Dalam memupuk cita-cita mereka banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai ibu. Yang penting aku perlu memberi sokongan kepada anak-anak untuk apa sahaja cita-citanya. Walau Perdana Menteri sekalipun aku perlu mendokong cita-citanya, tapi jangan sampai cita-citanya nak jadi perompak sebab terikut pengaruh TV. Aku juga perlu belajar menerima perubahan kepada cita-cita anak aku dan terus memberi galakan walaupun perubahannya dalam waktu yang singkat. Galakan aku juga perlu membuka ruang untuk mereka berfikir tentang apa yang mereka nak jadi.

Daripada sikap dan cara anak-anak, aku sedar banyak lagi peluang dan kesempatan yang belum aku beri kepada mereka, Aku perlu memperkenalkan dunia yang lebih luas kepada mereka, persekitaran yang lebih baik untuk perkembangan minda mereka. Jauh perjalanan luas pengalaman bertambah pengetahuan.

Antara minat anak aku bila berjalan adalah masuk ke kedai buku yang dipanggilnya library, bila masuk lama pula dia membelek buku, Cuma aku sering tidak berkesempatan untuk membaca bersama mereka. Aku rasa aktiviti pembacaan dan buku yang dibaca juga akan mempengaruhi minat mereka.

Satu lagi kekurangan aku adalah pengetahuan aku mengenai tokoh-tokoh dalam kebanyakan bidang yang boleh membantu aku dalam memupuk cita-cita mereka, terutama melihat kepada kepayahan dan kesungguhan tokoh-tokoh ini dalam memenuhi impian dan matlamat mereka.

Cuma yang aku agak risau adalah aku terikut-ikut untuk memaksa anak aku bercita-cita tinggi yang mengutamakan kebendaan. Walaupun kekayaan itu penting aku masih tercari-cari pendekatan untuk membuat perkaitan dengan soal kewangan tetapi ia bukanlah keutamaan.

"Ya Allah, Bantula kami dalam memenuhi cita-cita anak kami, berikanlah petunjuk dan hidayahmu kepada anak-anak kami dalam memenuhi impian dan cita-cita mereka. Permudahkanlah perjalanan mereka...Amin"

CUTI SEKOLAH........

Cuti Sekolah dah bermula. Wafi dah sibuk bertanya program cuti sekolah. Kalau ikutkan dia suruh hantar balik kampong, dia nak duduk kampong lama-lama. Biasalah, kalau kat kampong dia boleh manja-manja dengan tok dan tok wan. Apa yang dia nak InsyaAllah dapat. Sebab itulah dia suka. Tapi bagi kami pula sebab itulah yang kami tak nak bagi dia duduk kampong lama-lama. Nanti dia naik lemak.

Percutian ke Melaka…… Hujung Minggu Pertama Cuti Sekolah….Himpunan Keluarga Baitu Arash…

Penat masih terasa, tapi Alhamdulillah semuanya menyeronokkan. Anak-anak suka, ibu bapa gembira. Dua hari dua malam kami berkampung di Everly Hotel, Melaka untuk program Himpunan Keluarga Baitul Arash 2010. Arash itu adalah gabungan nama Alahyarham Pn Alia dan En. Rashid. Keluarga ini mempunya 12 orang adik beradik, tetapi tahun ini hanya 6 family yang dapat hadir. Masing-masing ada program lain di sebelah keluarga pasangan masing-masing. Jumlah yang hadir 130 orang, agaknya kalau semua hadir tak tahu la aku berapa jumlahnya, dan bagaimana havocnya himpunan ini. Ini kali pertama kami menyertai himpunan mereka. Himpunan tahun lepas kami tak dapat menyertainya kerana ada komitmen lain.

Aku bukanlah anak mereka pasangan Alahyarham Pn. Alia dan En. Rashid. Aku pun hanya sempat mengenali Pn. Alia yang aku panggil Wan. Tapi anak aku menumpang kasih salah seorang anak menantu dan cucu pasangan ini sewaktu aku bekerja iaitu K. Siti dan A. Ghani. Sehinggalah anak aku menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Panggilan untuk mereka berdua adalah Ayah dan Ibu. Anak sulong aku anak susuan mereka, dan mereka juga dah jadi sebahagian dari keluarga aku. Memandangkan semua ahli keluarga aku dan suami berada di Utara maka mereka juga menjadi tempat kami menumpang kasih di sini. Paling kurang sekali dalam sebulan kami mesti menziarahi mereka walaupun jarak kami semakin jauh. Setiap kali pergi mesti seharian kami berehat disana, kadang-kadang dari makan tengahari sampai ke minum petang masuk ke makan malam. Bila dah tak pergi mesti rindukan masakan K. Siti, yummy. Apa saja yang k.siti masak mesti sedap. Aku rasa sebab kebaikan dan keikhlasan dia menjadikan masakannya bertambah-tambah sedap.

Hari Jumaat aku dan suami cuti sebab rancangan asal untuk bertolak ke Melaka selepas Jumaat Tetapi tiba-tiba anak bongsu K. Siti ada exam sekolah agama, jadi malam la baru dapat bertolak. Agaknya sebab cuti sekolah dah bermula, jalan memang sesak, dah dekat jam 12 tgh malam baru kami sampai, terlepas kami satu program, .iaitu bacaan Yasin dan tahlil.

Hari kedua ada telematch, semuanya diuruskan oleh pihak hotel, jadi dapatlah semua ahli keluarga enjoy the game, kumpulan disusun bercampur-campur, tidak mengikut keluarga, mungkin ada rasionalnya dibuat begitu. Kamera aku rosak pula, jadi tak dapat nak ambil gambar. Macam-macam gelagat aku tengok, tapi yang aku kagum adalah melihat kemesraan yang terjalin antara saudara yang ada, seronok melihat ragam anak-anak, dan yang aku seronok adalah melihat anak-anak aku enjoy dengan program tersebut.

Dah penat bermain, masing-masing terjun kolam, Aku hanya melayan anak-anak, Plan petangnya nak pergi jalan-jalan sekitar Melaka tak kesampaian. Masing-masing kepenatan dan tertidur, dah asar baru tersedar. Memandangkan kasut wafi belum beli untuk diner malam tu hubby pun bawa wafi sahaja pergi mencari kasut sebab si kecil dan kakaknya masih tidur. Bila ingat balik macam kelakar pula, beria juga kami untuk diner tu, tapi beria untuk anak-anak sahaja. Mama dan abah pakai sahaja apa yang ada. Tema diner malam itu adalah glam n elegance, entahla sapa punya idea, tapi aku dapat membayangkan dressing masing-masing. Cuma YDP risau juga kalau masing-masing pakai bukan-bukan.

Majlis diner pada malamnya berjalan seperti yang dirancangkan. AJK yang dilantik menjalankan tuga s dengan baik. Generasi muda keluarga ini boleh dikatakan kreatif dalam menganjurkan program. Masing-masing bergaya sakan. Rasanya aku dan suamilah yang paling simple. Pakai seadanya, yang penting mengikut syariat. Kamera pun elok pula sebelah malamnya. Dapat snap gambar sekeping dua.

Apapun aku belajar sesuatu dari program keluarga ini…….. kerjasama….pengorbanan….kasih sayang…..prihatin……bantu-membantu…..hormat menghormati……dan banyak nilai baik yang boleh dikutip.

Ya Allah….sejahterakan keluarga ini….kekalkan hubungan baik antara mereka……semoga aspirasi keluarga ini tercapai……Amin…


Anak-anak dah bersiap sedia

Bersama K.Siti dan Abang Ghani (YDP Baitul Arash)

Sebelum majlis bermula


Ragam anak-anak dengan pakaian beragam

Wafi mendapat tempat ke-dua



Pengisian Hujung Minggu Kedua……Balik Kampung….

Masa kat Melaka mak mentua telefon….

“Hangpa tak balik ka cuti sekolah ni? Ada kenduri kat rumah besan mak, kalau balik boleh la kita pi sekali, mak tanya ja bukan suruh hangpa balik, kalau tak balik pun tak pa”

Semalam ayah pula telefon…..

“Durian dah nak habih, kalau hangpa balik minggu ni dan la makan, tapi kat rumah tok baru dok luruh, minggu lagi satu pun dan kot”

Aku faham hati orang tua, kenduri dan musim durian itu hanyalah sekadar alasan, yang utamanya dia nak anak menantu dan cucu dia balik. Rasa bersalah juga pergi ke Melaka dulu.

Mak, Ayah, Baba…..tunggulah……kami semua akan balik minggu ini…..InsyaAllah. Doakan kami dapat menyelesaikan segala urusan dengan baik. Doakan kami dapat balik dengan Selamat…..Amin.

Nak balik ke tak balik…….

Minggu ni kenduri kahwin abang ipar. Sebagaimana yang dihajatkan, Walaupun 2 hari je sebab anak sekolah kami tak kisah. Tetapi kendurii tu bukan la apa sangat. Yang penting jumpa orang tua dan saudara mara. Cuma yang tak bestnya, tiba-tiba saja dapat arahan ada bengkel kat Seremban. Program bermula malam Isnin. Padahal kami dah plan balik dari kampong malam tu. Kami pun dah serba salah, hubby pula tersangat sibuk 2 – 3 minggu ini. Hari-hari balik lewat, paling awal pun jam 10 mlm, kadang-kadang kami dah tidur, ada sekali tu network problem, hubby telefon tak dapat. Lama dia ketuk kami kat atas tak dengar.

Pagi tadi hubby cakap kita balik jer la walaupun sekejap, katanya dia boleh drive, OK kot. Barang semua dah siap. Kami memang semangat nak balik kampong. Selalu pun memang macam tu, nak balik kampong memang semangat tapi nak balik sini balik MasyaAllah….bercinta..

Kejap tadi mak dengan mak mertua telefon, tengah sibuk-sibuk la tu buat persiapan untuk kenduri esok.

“hangpa nak balik ka, kalau tak larat tak payah balik la, mak tak kisah pun, lain kali la balik” Tanya mak mertua

“Entah la mak, kami ni memang dah siap semua nak balik, tapi tak tau la kot Fadzil berubah fikiran, dia yang nak bawa kereta” aku menjawab

Telefon berpindah tangan

“Mak risau la kalau hangpa balik sat-sat macam ni, letih nak bawa keta, balik pun tak dan buat apa” Mak pula bersuara

“ Fadzil kata dia larat, cek Ok ja, tak kisah, barang memang dah siap dah, habis kerja ni tunggu nak jalan ja” aku menjawab

“Kesian kat anak-anak hang, depa pun mesti letih, wafi nak sekolah lagi, wajdi pun kecik lagi, sat lagi demam ka apa susah pula, bukannya dekat hangpa nak balik, pastu letih bawa keta, mengantuk ka apa” Mak menyuarakan kerisauannya lagi.

“InsyaAllah tak dak apa mak, mak doakan kami selamat sampai dan selamat balik, setakat ni keputusan kami memang nak balik, tapi cek tak tau la kot Fadzil berubah hati petang ni, kot dia letih ka apa” Aku memohon doa seorang Ibu.

Sebenarnya memang nak balik, tapi situsi memang semua serba tak kena. Tahun ni kami memang susah sikit nak buat perancangan untuk balik kampong, Wafi dah sekolah. Kalau dulu kami boleh ambil cuti bila-bila masa kami free. Kalau ada cuti umum apa-apa kami boleh sambung cuti panjang. Tapi zaman itu sudah berlalu. Sekarang ni persekolahan anak perlu diambil kira.

Seronoknya kalau boleh bekerja dekat dengan kampong halaman. Dekat dengan orang tua.

"Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik. Sempurnakanla hajat kami untuk bertemu ibu dan ayah yang tercinta, Amin"

Kemana Wang Anda...

Selalunya orang bila dah keja mula pasang angan-angan nak pakai kereta, kereta yang diangan-angankan tu kebanyakannya tak sepadan dengan gaji yang ada. Aku pun dulu macam tu juga, tapi aku kira dahsyat juga, belum keja dah beli kereta. Duit hantaran kahwin aku buat bayaran muka. Gaji yang belum pasti masuk dalam tangan dah buat kira-kira. Bayar kereta yang utama. Alhamdulillah pinjaman pengajian aku boleh ubah. Dengan rezeki kurniaan Allah pinjaman aku dianggap biasiswa. Selamat satu bab.

Alhamdulillah juga bila tiba masanya aku ditempatkan di Utara sana, negeri sempadan Siam. Jimat belanja walaupun habis untuk suami berulang alik 2 minggu sekali, KL - Kangar. Alhamdulillah lagi aku tinggal bersama nenek saudara. Banyak faedahnya. Terasa masih bersama keluarga walaupun jauh dari suami dan mak ayah. Memang banyak penjimatan yang berlaku. Banyak kesenangan yang dikurniakan. Bangun pagi makanan dah tersedia, balik kerja tunggu nak makan je. semua complete. Terima kasih Tokngah atas bantuan dan perhatian yang diberikan sepanjang 6 bulan aku bersama menumpang kasih Tokngah di Perlis sana. Cuma kadang-kadang terasa malu juga bila apa yang dihulur asyik di tolak.

Berbalik kepada kereta, di kampung sana aku tengok ramai anak muda yang baru bekerja membeli kereta, keretanya bukan sembarangan. Yang pastinya tidak sepadan dengan gajinya. Yang layak beli kancil membeli kancil beli Myvi, layak Myvi beli Toyota, layak Toyota beli Honda. Macam tu la kiranya. Sudahnya tak sampai berapa bulan pakai, kereta dah disorok sebab tak bayar installment. Tak pun hujung-hujung bulan kereta tak bergerak sebab tak cukup duit nak isi minyak. Tu belum kira cukup tahun nak bayar insurance dan road tax.

Bulan sudah adik tepon minta tengok-tengokkan kereta yang sesuai dengan dia. Bajet maksimum installment RM 500. Dia baru start keja, ada shift, memerlukan transport. Katanya dia pun dah bagitau ayah minta tengok-tengokkan juga. Aku agak kalau dah bagitau ayah mesti cepat je dia tengok. Itu la ayahku, kalau buat apa pun mesti cepat. Semangat gitu. Kita baru je cadang-cadang nak buat apa-apa, tengok-tengok dia dah buat. Sangkaan aku tepat. Dua hari lepas tu ayah telefon dia dah booking semua, dah bincang dengan bank siap.

Aku sebenarnya kurang yakin dengan keputusan adik aku seorang ini. Sebolehnya aku tidak mahu dia melakukan kesilapan yang boleh dielak dalam urusan kewangan ini. Aku dulu kurang merujuk dan membuat rujukan. Jadi biarlah adik-adik kat bawah ni membuat penelitian semaksimum mungkin agar tidak mengalami masalah dikemudian hari

Minggu lepas masa dia datang kerumah setelah sekian lama tertangguh janjinya dengan anak buah.

"Aku nak tanya ni, hang dah pikiaq habih ka nak beli keta ni? Dah buat kiraan betul-betul ke?" Aku memulakan perbualan.

"Aku dah kira cukup la" Jawabnya

"Kalau cukup takpa la, tapi masuk je gaji, yang penting tolak simpanan dulu, 10% pun jadi la. duit minyak, tol, maintenance, insurance roadtax, semua tu masuk dalam kiraan hang tak"?

"Tu la, aku susah hati juga, nak kira kalau nak ketepikan insurance dengan roadtax siap-siap tu macam tak berapa nak cukup ja" adik aku menyuarakan rasa hatinya.

"mmm...kalau ayat hang dah macam tu, lebih baik hang pikiaq balik hasrat hati hang tu. Buat kiraan betul-betul, aku bukan tak mau bagi hang beli kereta, tapi kereta yang dipilih biar la sesuai"

"Tujuan hang beli kereta untuk apa? nak pi kerja ja kan, tu pun kalau shift malam ja, balik kampung bukan yang utamakan? Hidup biar di bawah kemampuan, kiraan hang biar ada extra, kalau mampu beli Myvi beli la Viva, mampu beli Civic beli la Vios" hubby menyokong saranan aku

"Hang boleh pertimbangkan untuk beli kereta second hand, cari kereta yang masih elok untuk mengurangkan maintenance, lagi pun tempat letak kereta kat rumah hang tu tak seronok juga kalau letak keta baru" Aku mencadangkan pilihan lain.

Setelah berbincang aku tengok adik aku pun serba salah. Apa pun aku harap dia akan membuat pertimbangan yang betul bermula dari awal bekerja. Sebab hutang yang bakal ditangguh bukan untuk tempoh beberapa bulan, tapi bertahun. Aku mencadangkan buku Ke Mana Wang Anda oleh Hajah Rohani Dato' Mohd. Shahrir dalam koleksi kami untuk dibaca sebagai bahan bacaannya yang pertama berkaitan pengurusan kewangan. Kami mempunyai banyak koleksi buku berkaitan kewangan dan property. Semuanya dibeli untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki amalan kami dalam pengurusan kewangan peribadi. Aku kira adik aku lebih bernasib baik berbanding kami yang setelah bekerja hampir 10 tahun baru menyedari keperluan dalam ilmu pengurusan kewangan peribadi. InsyaAllah untuk anak-anak akan aku cuba terapkan ilmu dan kemahiran ini bermula dari mereka kecil. Moga-moga satu hari nanti anak aku akan menjadi penyumbang zakat terbesar dalam menegakkan ekonomi Islam. InsyaAllah.
  • Hiduplah di bawah kemampuan....

  • Kurangkan hutang....

  • Banyakkan simpanan / pelaburan.....

  • Utamakan keperluan yang penting sahaja.....

  • Kurangkan kehendak / keinginan....

  • Hiduplah secara sederhana....

  • Kurangkan semak dalam fikiran dan kehidupan....

  • Bersyukur atas apa yang di kurniakanNya

"Orang kaya adalah orang yang mempunyai kehendak yang tidak banyak"

Hari Buruh....Cuti ker?

1hb Mei setiap tahun adalah hari cuti untuk semua pekerja termasuklah aku yang bergelar pekerja. Tapi tahun ini tak terasa cuti Hari Buruh kerana 1 Mei jatuh pada hari Sabtu. Bagi kakitangan kerajaan kalau cuti jatuh pada hari Sabtu tiada cuti di bawa kedepan atau ke belakang. Berbanding dengan hubby yang akan bercuti pada hari Jumaat jika cuti jatuh pada hari Sabtu.

Memandangkan kami belum membayar maintenance rumah di Putra Villa, Gombak, (tarikh akhir 30 April) kami pun memutuskan untuk pergi melunaskan bayaran tersebut pada hari Sabtu berkenaan. Langsung tak ingat hari cuti. Selepas mengambil Wafi dari kelas karate-do nya kami pun bergegas ke Gombak untuk memastikan kami sempat sampai sebelum pejabat tutup jam 1 tengahari (kononnya). Macam biasa MRR2 menjadi laluan pilihan walaupun kadang-kadang tension dengan kesesakannya tidak boleh dijangka.

Dalam perjalanan Makteh budak-budak ni telefon, katanya nak datang rumah. Memandangkan kami dah keluar aku minta dia terus ke terminal putra. Janji asal dia nak datang semalam, tapi habis kerja lewat katanya, sebab tu dia datang pagi. Budak-budak asyik tanya kenapa Makteh tak datang. Janji nak datang.

Dah dekat nak sampai ..........

"kenapa jammed pelik ni, hari ni kan hari Buruh, bukan ada orang balik kerja pun"

Habis je ayat hubby serentak kami memandang muka masing-masing sambil ketawa. Dah namanya pun hari buruh, orang cuti mesti la ofis pun tak buka. Tapi memandangkan kami pun dah nak sampai, Timah pun tunggu kat terminal Putra, kami teruskan juga perjalanan.

Tapi dah sampai tu gatal jer mulut bertanya kat pakcik guard tu. "Kami nak bayar maintenance encik, pejabat buka ker"?

"Hari ni hari Buruh encik, pejabat tutup" Pakcik tu memberi jawapan yang kami dah tahu.

"Takpa la, dah sampai kami nak masuk tengok rumah" saja nak memenuhi aktiviti supaya kedatangan kami tidak sia-sia, consider jalan-jalan hujung minggu dengan anak-anak.

Selepas dah ambil pas kami pun masuk la, lepak-lepak kat taman dan pool kat dalam. biar anak-anak main. Timah dah sedia tunggu kat mini market di dalam. Lama juga kami habiskan masa, selepas tu dah lapar kami pergi ke Restoran Nuri (restoran favorite bila makan tengahari di Gombak selain rumah Kak Siti-ibu susu wafi). Lepas makan kami pusing-pusing kat gombak. Budak-budak dalam kereta bukan main lagi berseloroh dengan Maktehnya. Riuh rendah satu kereta.

Rancangan asal kami pada pada hari buruh tahun ini adalah untuk ke Kelantan bersama rombongan abang ipar yang akan melangsungkan perkahwinannya buat kali kedua. Kami memilih untuk ke kelantan tetapi tidak balik ke kampung pada minggu hadapan semasa kenduri di kampung. Pertimbangan ini dibuat memandangkan Fadzil bercuti pada hari Jumaat (cuti gantian sempena hari buruh). Selain daripada itu perjalanan ini dikira sebagai antara percutian kami sekeluarga bagi tahun ini. Lagipun kenduri abang ipar adalah untuk kali kedua, maka tidaklah kami rasa ralat sangat untuk tidak hadir.

Untuk menghadirkan diri di majlis kedua-dua belah pihak adalah agak mustahil kerana pilihan ini adalah memenatkan terutamanya bagi anak-anak. Wafi belum cuti sekolah. Baby pun mesti kepenatan. Mama dan abahnya pun akan bertambah-tambah penat.

Walaubagaimanapun keputusan tersebut telah berubah dengan satu panggilan dari ibu mertua. Biasala orang tua, kebahagiaannya adalah apabila anak-anak berkumpul di depan mata. Maka tak jadilah kami untuk ke Kelantan.

Sampai rumah dah jam 3 lebih, masing-masing sudah kepenatan. Lepas Asar Makteh bawa budak-budak pergi playground. Malam tak pergi ke mana-mana. Aku pun tidur awal. Kepenatan. Budak-budak tak tahu tidur jam berapa. Makteh dengan abahnya yang melayan.

HAPPY BELATED BIRTHDAY....MY ONLY PRINCES

Lama juga tak menjenguk blog ni, kesibukan tugas di pejabat dan di rumah tidak mengizinkan aku untuk menjenguk blog ini.

19 APRIL 2010 genaplah 3 tahun usia puteriku yang satu itu, pejam celik pejam celik dah besar rupanya anak dara aku, tapi kalau bab menangis sambil menjerit dialah No 1, agaknya apa la yang aku buat masa pragnent kat dia dulu, bab mengadu pun no. 1 juga.

Memandangkan 19 April adalah hari bekerja dan aku pula berkursus maka kami memutuskan untuk meraikan hari jadi Hani awal sehari iaitu pada hari minggu, setelah berbincang kami pun memilih Secret Recipe Precint 14 sebagai tempat bertuah untuk meraikan hari jadi Hani.

kek pilihan adalah chocolate indulgance (yummy), menu lain adalah spagheti, nasi dengan black pepper beef, soup serta fries. yang sedihnya bila nak ambil gambar buat hal pula kamera tu. Maka tak ada la gambar kenangan untuk sambutan besday Hani yang ke-3. Kesian Hani, gambarnya memang tak banyak, biasala anak yang kedua excitednya kurang sikit berbanding anak pertama.

Sedang kami asyik menikmati hidangan Wafi bersuara "Mama, tengok tu orang tu macam kat dalam TV la" seorang wanita India sedang memilih kek, isy pelakon mana pulak ni aku tak kenal pun, pelakon India aku kenal Kamala Dewi je.

"entah mama tak perasan pun, cerita apa?, "

"A'ah, Abah pun tak pernah nampak kat TV", abahnya menyokong.

Tiba-tiba wanita India itu menghampiri kami dan menegur sapa "You're Fadzlul Wafi right"

Kami pun terkejut, sapa pulak ni, Wafi pun mengangguk, malu-malu.

"I'm his teacher at kindergarden, I teach him English" rupa-rupanya cikgu dikatanya nampak kat TV, Wafi, wafi.

Setelah berbual sedikit sebanyak Cikgunya pun beredar.

"Apa la Wafi ni, Cikgu jumpa hari-hari cakap nampak kat TV" Aku mengusik.

"Mama ni, mind Wafi tak boleh nak ingat, Wafi terlupa Wafi jumpa dia kat mana" Wafi menjawab malu.

..............................................................................


Alamak tersasar pula, posting ni nak cerita pasal Hani, cerita pasal si Abang pula.

Selepas makan kami pun balik. Wafi menuntut janji untuk pergi membeli hadiah. Besday adik dia pula yang lebih, biasala selalunya besday siapa pun yang seorang lagi mesti di belikan juga something, kalau tidak alamatnya berebut.

Malamnya selepas maghrib suamiku membawa kedua-duanya keluar untuk membeli hadiah seperti yang dijanjikan. Bukan main semangat lagi dua beradik ini.

Birthday girl dengan basikal barunya

Ciwi dengan hadiah masing-masing

Walaupun malam itu masing-masing belum puas beraksi dengan hadiah masing-masing, semua dikerah tidur memandangkan esok adalah hari persekolahan. Mama dan abah pun dah penat. Esok nak kerja.

"Ya Allah, panjangkan usia anak-anakku sebagai hambamu yang bertakwa. Jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan untuk aku dan suami tercinta di sana nanti. Amin"

Susu Ibu.....Cerita Tragis

Bulan April ni aku mengambil keputusan untuk menukar waktu bekerja.........masuk jam 7.30 pagi...hari pertama masuk kerja awal sedikit kelam kabut....biasala hari pertama nak adjust cerita tragisnya bila aku sampai rumah...

seperti biasa aku akan terus balik rumah...masak mana yang sempat sebelum ambil anak-anak jam 6.00 petang....biasalah budak-budak kalau sampai rumah terus menuju ke dapur cari makanan....

dah sampai rumah buka jer pintu aku terus ke dapur buka peti ais untuk simpan stok susu......tapi bila buka peti ais.....huhu....sadisnya....semua susu dah cair....aku terus ke rumah sebelah tanyakan Si Maznah, maid sebelah yang tolong aku mengemas hari-hari kalau-kalau hari ini black-out....rupa-rupanya aku lupa tutup peti ais....Maznah pula agak sibuk kat rumah majikannya...jadi dia masuk dah lewat....

antara stok bakal dimakamkan

Sedihnya la rasa hati....banyak tu stok aku....nak simpan pun dah tak confident....jadi dapat la aku kerja tambahan malam tu...terpaksa clearkan stok tu semua....bukan sikit penat lelah aku mengumpul....lebih 40 botol....tensionnya rasa...


Jug kedua rezeki pokok-pokok


Semua susu tu aku siram la pokok-pokok kat umah, moga-moga dengan nutrien yang ada pokok-pokok kat luar rumah yang dah nak layu akan kembali segar.....malam tu aku buat separuh jer dulu...saja nak hiburkan hati nampak macam stok banyak lagi...lagi pun aku rasa macam penat...mental dan fizikal....weekend la aku sambung...

antara bekas-bekas yang perlu dibasuh / dibuang

Tapi bila fikir-fikir balik pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku....mungkin wajdi memerlukan stok yang lebih fresh....cuma aku harap sempatla aku kumpul stok baru....dan yang utama sementara stok tak ada ni jangan la aku di arahkan untuk outstation...nanti tak tercapai pula cita-cita aku nak ikut sunnah nabi dan tuntutan dalam islam untuk menyusukan anak aku ni sampai 2 tahun....

"Ya Allah....Bantulah aku dalam mengamalkan sunnah RasulMu....Amin"

PESTA BUKU 2010

Semalam dengan keizinan bos dapatla aku dan kawan-kawan sepejabat ke pesta buku....mencari buku apa yang patut....seronok rasanya kerana tercapai hasrat untuk ke pesta buku....

kali terakhir aku ke pesta buku 2 tahun lepas....pergi weekend dengan suami dan anak-anak....tapi almaklumla....anak-anak mana larat dia nak berjalan....dengan ramai orang...sudahnya kita pun tak dapat cari apa yang kita nak...booth pun ala kadar je pergi...penat kat dukung anak....melayan anak....kalau tahun ni aku nak bawa sampai tiga orang di tambah pula dengan si wajdi yang masih baby memang aku tak sanggup....

Tahun ni kebetulan kementerian nak buat lawatan...so aku memang bertekad walau apapun aku nak pergi....alhamdulillah tercapai hasrat aku nak pergi KLIBF 2010.....tapi terkilan juga sebab tak dapat pergi semua hall .....tersangat la lapar dan penat....ada juga buku yang aku memang bercadang nak beli tak dapat beli....tapi Allah maha mengetahui....mesti ada sebab dia tak izinkan aku beli....yang penting aku habis baca semua yang aku beli.....dan tugas berat aku adalah untuk memastikan bahan bacaan anak-anak habis dibacakan untuk anak yang masih memerlukan aku untuk dibacakan kepadanya....


"buah tangan untuk anak-anak"


"buah tangan untuk mama dan abah"

"Ya Allah...kurniakanlah aku kekuatan dan kebijaksanaan dalam membacakan buku-buku ini untuk anak-anak aku, Amin"

sakit....ujian dan rahmat Allah

Dua hari selepas baik dari demam wajdi demam kembali, aku terpaksa bercuti lagi, tak sampai hati tengok anak mcm tu.... sebenarnya demam dia on of, bila da demam dia datang balik, dia mula merengek....Jumaat itu sememangnya menguji kesabaran aku....wajdi nak diriba sahaja....letak menangis....sakit2 badan aku meriba dia satu hari....aku bersabar dan bermonolog...anak aku yang seorang ini sememangnya baik sangat...tak pernah meragam, maka sekali dia meragam memang dia nakkan perhatian..maka sebagai ibu perlula aku memberi sepenuh perhatian....

kerenah anak yang lain menguji aku lagi....hani asyik menjerit sahaja...anak perempuan suaranya lain....sekali menjerit mahu pecah telinga...tambah seharian dia buat hal begitu memang sesak telinga aku...nak aku hantar ke nursery semua tak nak...aku pun malas nak siap semata-mata nak hantar mereka ni ke nursery...makanya aku mengambil keputusan untuk melayan semua anak-anakku di rumah....

bila dah bangun pagi semestinya nak makan.....selera anak aku ini dua-dua berbeza...sorang lidah melayu....sorag lidah mat salleh....entah macam mana boleh jadi macam tu aku pun tak perasan.......selalunya wafi breakfastnya sangat mudah cukup sekadar roti gardenia sapu jem atau butter.... tapi puteriku yang seorang ini lain sikit....suka telur separuh masak.....atau apa-apa sup sebagai sarapannya.... tapi kena tunggu dia minta..... sebab kalau direadykan dulu lain pula dimintanya....

tapi semuanya menguji kesabaran aku pagi tu.......

"mama, hari ini wafi boleh makan spagheti lagi" wafi bertanya setelah menjenguk dapur, x habis lagi rupanya gian makan spagheti setelah 2 hari berturut-turut itu yang jadi dinnernya...

"tak boleh, bahan dah habis, nanti kita beli bahan dulu, baru mama masak lagi" aku menjawab.

"tapi wafi tengok kat dapur tadi ada lagi spagheti tu" anak ini kalau boleh apa yang diminta semua dapat.

"spagheti memang la ada, bahan nak buat sos tak ader, macam mana nak buat sayang oi" aku memberi jawapan yang sewajarnya.

"o...nanti kita pegi beli yer, hari ni wafi nak makan cocopie je la dengan air sarsi" wafi menamatkan permintaanya,

wafi diminta untuk menjaga sibaby wajdi bagi membolehkan aku menunaikan permintaan putera yang sulung ini...kebetulan wajdi tidak menangis bila diletakkan di bawah sambil ditepuk abangnya..... habis satu bab..

bangun pula sang puteri yang satu.....selesai mandi dia datang minta dibuatkan susu....sedang aku menyediakan susu....dimintanya pula telur....susu dah tak nak katanya....baru je aku buka api nak rebus telur dimintanya pula mee....kesabaran aku mula teruji....wajdi pula dah mula menangis

"mee ni tak boleh sayang, kita makan telur yer" aku memujuk...

"hani nak mee, tak nak telur" mukanya dah mula masam..

tangisan wajdi makin menjadi...kesabaran aku mula teruji...

"hani ni nak yang mana satu....lepas satu satu, semua mama belum sempat siapkan, suka hati la nak makan tak nak" aku meninggalkan puteri ini mendapatkan si kecil yang sedang menangis....

hani mula menjerit-jerit dalam tangisannya...aku tahu anak ini ta akan berhenti selagi aku tidak memujuknya....tapi aku juga perlu menenangkan si kecil...wafi kupinta untuk membantu memujuk adiknya walapun aku rasa permintaanku itu hanya sia-sia...makin dipujuk si abang makin kuat jeritannya

akhirnya bila wajdi dah tidur....aku pun menyediakan apa yang diminta barula senyumnya lebar....tiada lagi jeritan yang menyesakkan telinga.....anak-anak....begitula...kadang-kadang bila aku kepenatan teringat mak kat kampung....aku yang tiga orang ni pun kepenatan....macam mana yer mak dulu melayan kerenah anaknya yang 10 orang....bukan dulu saja sekarang pun aku rasa mesti pening juga mak dibuatnya sebab anak-anak macam-macam perangainya....

"Ya Allah ampunila dosaku dan dosa kedua ibu bapaku...kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecil. Ya Allah...berilah aku dan suamiku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami, Jadikanlah anak-anak ini anak-anak yang soleh dan solehah...Amin

susu ibu....

Hari ini baru la aku masuk ke pejabat setelah hampir seminggu tidak ke pejabat, minggu lepas cuma sehari masuk pejabat kerana akau berbengkel di luar daerah, minggu ni pula aku tidak sihat, mula-mula cirit-birit, lepas tu demam dan sakit kepala, biasa la kalau dah lama tak masuk pejabata banyak perkara yang perlu dilihat.

Bila ada baby perkara yang paling membimbangkan aku adalah apabila perlu outstation. Niat di hati ingin menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun seperti yang dituntut dalam Islam, anak pertama aku telah terlepas sunnah itu kerana apabila lepas berpantang aku telah diarahkan untuk bertugas di luar sehingga 2 minggu berturut-turut. Makanya Wafi hanya dapat menikmati susu ibu 2 bulan sahaja.

Anak kedua pula hanya bertahan selama satu tahun, itupun campur juga dengan susu formula. Untuk anak ketiga ini aku berazam untuk menyusukan dia secara ekslusif sehingga 2 tahun. InsyaAllah. Oleh itu menjadi keutamaan aku untuk memastikan walau apa pun yang berlaku production mesti dibuat. Lagi pun untuk anak ketiga ini di pejabat kami ibu-ibu bersambung-sambung bersalinnya, lepas seorang-seorang. Jadi kami mempunyai ramai kawan-kawan yang mendorong antara satu sama lain untuk memberikan susu ibu secara ekslusif kepada anak masing-masing. Terima kasih kepada Aryati teman yang mempelopori kumpulan penyusuan ibu secara ekslusif di pejabat ini dan sekaligus menjadi pendorong utama kepada kawan-kawan.

Masa berbengkel minggu lepas aku berkongsi kereta dengan aida, rakan sepejabat yang sama-sama menyusukan anak. Hari pertama taklimat sebelum mula berbengkel agak panjang. Memandangkan waktu rehatnya lambat kami tanpa berfikir panjang melakukan aktiviti production kami di dalam dewan tersebut. Kebetulan kami memilih tempat duduk di belakang. Jadi dapat la kami melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya. Kelakar pula rasanya. Alhamdulillah. Hari ketiga habisnya tengahari, oleh itu kami bercadang untuk mencari keperluan baby dan keperluan untuk storage susu. Biasala perempuan bila dah jalan asyik pula, kebetulan pula aku terjumpa kawan seuniversiti yang telah lama tidak bertemu. Lama pula berboraknya. Memandangkan dah lewat kami mengambil keputusan untuk mengepam susu di dalam kereta sahaja. Untuk menjimatkan masa aida menawarkan diri untuk memandu memandangkan dia menggunakan pam elektrik, aku menggunakan pam manual. Dengan itu dapat la kami masing-masing mengepam dengan jayanya.

Semalam memandangkan aku masih belum sihat aku mengambil keputusan untuk bercuti. Anak-anak tidak pula dihantar ke Nursery dengan harapan mereka tidak membuat kerenah yang akan menambahkan sakit aku nanti. Tapi budak-budak biasa la. Terpaksala bersabar melayan kerenah mereka. Wajdi pula macam kurang je menyusu, jadi aku tetap mengepam susu di rumah. Sedang mengepam si wafi minta dipotongkan limau Sunkist untuk dia makan. Aku pun minta dia tunggu sebentar sehingga aku selesai mengepam. Dah lama agaknya dia menunggu tiba-tiba…


'antara stok yang ada'


“mama ni macam nak buka farm la sebab dok suction susu tu”

“a’ah, mama nak buka farm bagi baby minum banyak-banyak, nak kasi dia gemuk” aku membalas

“kenapa mama tak pergi farm atau panggil je farmer suruh dia buat suction” wafi ni ada je ideanya.

“Buat apa mama nak suruh farmer buat suction kalau mama pandai buat sendiri, kalau lembu kat farm tu lain la dia tak pandai suction sendiri” aku menjawab

“o…tak pe la mama buat la suction dulu, wafi sabar” dia dah mati akal la tu nak suruh aku cepat.

Apa pun aku berharap azam dan hasrat aku ini tercapai dengan sokongan dari keluarga tersayang dan kawan-kawan seperjuangan. Semoga aku dapat memberikan susu yang terbaik iaitu susu ibu untuk anak-anak seperti mana mak dulu memberikan kami 10 beradik dengan susu ibu seperti yang dituntut dalam Islam.

Baby Demam Lagi.....

........الحمدلله

Pagi ini wajdi tak demam lagi walaupun malam tadi dia tak makan ubat…….. dapat la aku ke pejabat seperti biasa……harap-harap demam wajdi tak datang semula……

Sudah 4 hari wajdi demam……… on and of ……. bagi ubat baik.....dah 6 jam demam balik..... dengan batuknya lagi....selsema pulak.....kesian pula tengok... serba salah aku dibuatnya........bila anak-anak tidak sihat, selalu terlintas difikiranku….”ada baiknya kalau aku menjadi suri rumah sepenuh masa”

Entahla sampai bila…… sudah lama aku dan suami berbincang……keputusannya masih sama…..…… kehidupan di kota besar ini tidak mengizinkan aku untuk berbuat demikian……segala-galanya berbayar…..dan bayaran yang diperlukan bukanlah sedikit……..kadang-kadang gaji yang masuk tak sempat pun aku melihatnya secara fizikal….sekadar singgah ke akaun aku sebelum pergi ke akaun orang lain…..begitulah selalunya……..Kesimpulannya aku perlu bekerja membantu suami untuk mengukuhkan ekonomi keluarga……

Tapi aku yakin Allah telah merancang segalanya dengan baik untuk kami sekeluarga…. Mungkin aku tidak sesuai menjadi suri sepenuh masa….makanya Allah mentakdirkan aku sebagai seorang pekerja dan suri rumah….mungkin aku tidak dapat berperanan dengan baik jika hanya bergelar suri rumah sepenuh masa…….ah, macam-macam kemungkinan yang boleh dipositifkan untuk menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmatNya….

Teringat aku kepada persoalan yang ditimbulkan dalam laman web ustaz Zaharudin
http://www.zaharuddin.net/content/view/581/95/

Apapun aku besyukur kerana mendapat seorang suami yang tidak banyak kerenah….menerima aku seadanya…..ringan tangan membantu menyelesaikan kerja rumah….Cuma kadang-kadang bila dia membantu aku rasa bersalah seolah-olah aku tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri…..

Abang, terima kasih atas segalanya…..

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menunaikan segala tanggungjawab dan amanah sebagai hambaMu, isteri kepada suamiku dan ibu kepada anak-anakku….Amin

Akhirnya.................

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah....
setelah sekian lama berfikir akhirnya jadi juga aku menyertai para blogger. Hari ini dipilih bersempena hari baik iaitu penghulu segala hari dan bulan baik iaitu bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W........


Kenapa ya aku nak berblog ni.....yang pasti aku suka membaca blog-blog para blogger yang banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru untuk kehidupan aku...sebagai rujukan aku untuk menjadi seorang yang lebih baik.....sama ada sebagai isteri, ibu, anak, kakak, adik, sahabat, pekerja dan segala macam peranan yang perlu aku mainkan sebagai hambaNya.....dan yang paling penting untuk berada di landasan yang betul sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini....InsyaAllah.....


Blog aku ini akan menjadi medan baru sebagai latihan untuk aku menulis di samping mengumpulkan pengetahuan yang aku dapat serta untuk aku dedikasikan kehidupan ini untuk orang-orang tersayang yang menjadi inspirasi hidupku.......
Semoga aku juga akan diberi kekuatan untuk sentiasa mengemaskini blog ini.....InsyaAllah