Hari Buruh....Cuti ker?

1hb Mei setiap tahun adalah hari cuti untuk semua pekerja termasuklah aku yang bergelar pekerja. Tapi tahun ini tak terasa cuti Hari Buruh kerana 1 Mei jatuh pada hari Sabtu. Bagi kakitangan kerajaan kalau cuti jatuh pada hari Sabtu tiada cuti di bawa kedepan atau ke belakang. Berbanding dengan hubby yang akan bercuti pada hari Jumaat jika cuti jatuh pada hari Sabtu.

Memandangkan kami belum membayar maintenance rumah di Putra Villa, Gombak, (tarikh akhir 30 April) kami pun memutuskan untuk pergi melunaskan bayaran tersebut pada hari Sabtu berkenaan. Langsung tak ingat hari cuti. Selepas mengambil Wafi dari kelas karate-do nya kami pun bergegas ke Gombak untuk memastikan kami sempat sampai sebelum pejabat tutup jam 1 tengahari (kononnya). Macam biasa MRR2 menjadi laluan pilihan walaupun kadang-kadang tension dengan kesesakannya tidak boleh dijangka.

Dalam perjalanan Makteh budak-budak ni telefon, katanya nak datang rumah. Memandangkan kami dah keluar aku minta dia terus ke terminal putra. Janji asal dia nak datang semalam, tapi habis kerja lewat katanya, sebab tu dia datang pagi. Budak-budak asyik tanya kenapa Makteh tak datang. Janji nak datang.

Dah dekat nak sampai ..........

"kenapa jammed pelik ni, hari ni kan hari Buruh, bukan ada orang balik kerja pun"

Habis je ayat hubby serentak kami memandang muka masing-masing sambil ketawa. Dah namanya pun hari buruh, orang cuti mesti la ofis pun tak buka. Tapi memandangkan kami pun dah nak sampai, Timah pun tunggu kat terminal Putra, kami teruskan juga perjalanan.

Tapi dah sampai tu gatal jer mulut bertanya kat pakcik guard tu. "Kami nak bayar maintenance encik, pejabat buka ker"?

"Hari ni hari Buruh encik, pejabat tutup" Pakcik tu memberi jawapan yang kami dah tahu.

"Takpa la, dah sampai kami nak masuk tengok rumah" saja nak memenuhi aktiviti supaya kedatangan kami tidak sia-sia, consider jalan-jalan hujung minggu dengan anak-anak.

Selepas dah ambil pas kami pun masuk la, lepak-lepak kat taman dan pool kat dalam. biar anak-anak main. Timah dah sedia tunggu kat mini market di dalam. Lama juga kami habiskan masa, selepas tu dah lapar kami pergi ke Restoran Nuri (restoran favorite bila makan tengahari di Gombak selain rumah Kak Siti-ibu susu wafi). Lepas makan kami pusing-pusing kat gombak. Budak-budak dalam kereta bukan main lagi berseloroh dengan Maktehnya. Riuh rendah satu kereta.

Rancangan asal kami pada pada hari buruh tahun ini adalah untuk ke Kelantan bersama rombongan abang ipar yang akan melangsungkan perkahwinannya buat kali kedua. Kami memilih untuk ke kelantan tetapi tidak balik ke kampung pada minggu hadapan semasa kenduri di kampung. Pertimbangan ini dibuat memandangkan Fadzil bercuti pada hari Jumaat (cuti gantian sempena hari buruh). Selain daripada itu perjalanan ini dikira sebagai antara percutian kami sekeluarga bagi tahun ini. Lagipun kenduri abang ipar adalah untuk kali kedua, maka tidaklah kami rasa ralat sangat untuk tidak hadir.

Untuk menghadirkan diri di majlis kedua-dua belah pihak adalah agak mustahil kerana pilihan ini adalah memenatkan terutamanya bagi anak-anak. Wafi belum cuti sekolah. Baby pun mesti kepenatan. Mama dan abahnya pun akan bertambah-tambah penat.

Walaubagaimanapun keputusan tersebut telah berubah dengan satu panggilan dari ibu mertua. Biasala orang tua, kebahagiaannya adalah apabila anak-anak berkumpul di depan mata. Maka tak jadilah kami untuk ke Kelantan.

Sampai rumah dah jam 3 lebih, masing-masing sudah kepenatan. Lepas Asar Makteh bawa budak-budak pergi playground. Malam tak pergi ke mana-mana. Aku pun tidur awal. Kepenatan. Budak-budak tak tahu tidur jam berapa. Makteh dengan abahnya yang melayan.

No comments:

Post a Comment