Cerita Untuk Anakku....

Seperti biasa ayat anak-anak sebelum tidur....

"Mamaaa.....cerita..." Wafi memulakan ayatnya seperti biasa....

"Cerita apa Wafi ngan Hani nak"

"Cerita Nabi Muhammad, tapi tak nak masa dia kecik, nak cerita Nabi dah besar....ha..cerita nabi dah kahwin". Demand pula dia ni.

"Nabi kahwin berapa orang yang mama ingat?" tanya dulu tu sebab dia tahu tak der mak dia ni ingat semua cerita........

"Mama cuma ingat cerita Nabi dengan Saidatina Khadijah dengan Saidatina Aisyah je".....

komannya aku......

"Cepat la Mama cerita macammana Nabi kahwin"

"Saidatina Khadijah ni seorang businesswoman, Nabi Muhammad s.a.w keje dengan Saidatina Khadijah, macam mama cerita sebelum ni, nabi kan seorang yang hebat dan mulia, dia jujur, rajin, amanah, jadi semua orang pun suka kat Nabi, jadi bila orang suka kat Nabi semua orang pun suka la nak beli barang2 yang Nabi Jual"

"Nabi jual apa mama?

erk....detail pula soalan dia, tak pernah pula aku tahu, sepanjang aku belajar dan membaca sirah nabawi yang disebut hanya barang dagangan, tapi apa barangannya tak pernah pula aku jumpa detailnya

"ntah la, barang apa yer, mama pun tak tau sebab ustazah mama tak cakap pula barang apa, mama pun lupa nak tanya"

"Makanan kot....tak pun baju ke apa ker.....? tak puas hati la tu tak dapat jawapan

"iyer la agaknya"

"lepas tu apa jadi mama"

"Bila orang suka beli barang2 yang nabi jual maka perniagaan Saidatina Khadijah pun untung. Bila Saidatina Khadijah ni tengok kemuliaan dan kehebatan Nabi dia pun suka la kat Nabi, jadi dia pun hantar la utusan untuk bertanyakan nabi kalau2 nabi sudi jadi suami dia"

"ooo....kalau lelaki kita sebut suami yer mama"
lorr....baru tahu ke anak aku ni....

"yer...kalau orang dah kahwin perempuan kita sebut isteri, lelaki kita sebut suami"

"Nabi bersetuju untuk jadi suami Saidatina Khadijah, depa pun kahwin, Nabi sangat sayang kat saidatina Khadijah sebab Saidatina Khadijah sentiasa dengan nabi masa nabi susah untuk berdakwah ajak orang masuk islam, Nabi sangat sedih bila saidatina Khadijah meninggal"

"Saidatina Aisyah pula mama"

"Saidatina Aisyah pula dia ada keistimewaan dia sendiri, masa nabi kahwin Saidatina Aisyah kecik lagi baru sembilan tahun"

"9 tahun? takkan baru darjah 3 dah kahwin? Boleh ke orang yang umur dia banyak kawin dengan orang yang umurnya sikit?"

Banyak pula soalan budak ni

"orang arab dulu badan dia besar, lagipun saidatina Aisyah ni budak yang bijak dan dia pandai bercakap"

"Tapi dia kecik lagi, kenapa Nabi nak kawin juga dengan dia"

"Iyerla sebab Saidatina Aisyah ni pandai bercakap, masa tu kalau ada masalah yang berkaitan dengan orang perempuan, tak der sapa orang perempuan boleh rujuk"

"Nabi kan ada?"susahnya nak jawab soalan anak yang sorang ni

"Memang la Nabi ada, tapi orang perempuan ni pemalu, dia malu nak tanya nabi kalau masalah tu melibatkan orang perempuan je, macam........mmm....takkan org perempuan nak tanya orang lelaki macam mana nak basuh p***** "

terbahak2 si wafi ketawa dengan contoh aku

"kelakar la mama ni, takkan macam tu kot"

" Iyerla Islam kan ajar semua tentang hidup kita dari benda yang kecik2, yang nampak senang2, sampai la benda2 besar yang susah, dah saidatina Aisyah pandai bercakap senang la orang perempuan tanya pada saidatina Aisyah, lepas tu Saidatina Aisyah boleh tanya kat Nabi dan Saidatina Aisyah cerita balik kat orang perempuan, Suami dengan isteri tak rasa malu, boleh tanya apa saja, macam mama dengan abah"

"oooo jadi boleh la kawin dengan budak kecik kalau dia dah pandai"

"iyer la.....ok citer dah habis untuk malam ni.....sambung lagi nanti.....baca doa dan tidur....Assalamualaikum"

SELAMAT PENGANTIN BARU......

Tanggal 4 Jun 2011 keluarga Hj. Isa menerima seorang lagi ahli baru....Nor Syazwani Md. Dah. Selamat Pengantin Baru kepada adikku yang tersayang Muhammad dan pasangannnya merangkap adik ipar aku yang baru Nor Syazwani......Semoga Berbahagian dunia dan akhirat....Barakallahulakuma


Sehingga hari ini, adik aku yang inilah paling jauh jodohnya dalam keluarga kami....aku pula belum ada lagi yang memecahkan rekod pasangan paling dekat dalam keluarga kami....baik keluarga aku mahupun keluarga suami.....satu kampung......yang lain pun satu negeri....jauh sikit pun Perlis....adat dan budaya masih sama.....


Walaupun jauh dan banyak juga dugaan sepanjang perjalanan sehingga berakhir majlis Alhamdulillah semuanya selamat dan berlangsung dengan lancar.....Adat dan budaya walaupun sedikit berbeza semuanya berjalan lancar.....selagi agama menjadi rujukan InsyaAllah tiada masalah yang akan timbul.....perbincangan, persefahaman dan tolak ansur adalah penting....


Tak ramai ahli keluarga dan saudara dari kampung yang dapat menyertai kami meraikan mempelai memandangkan di Kampung juga berlangsung majlis perkahwinan sepupu kami Mohd. Rodzi dan Rokiah....jadi terpaksalah kami agih-agihkan kehadiran untuk majlis yang berlangsung.....Tahniah juga untuk kedua sepupuku Mohd. Rodzi dan Rokiah dengan pasangan masing-masing....Semoga semuanya berbahagia di dunia dan akhirat......


Ya Allah...Bahagiakanlah pengantin baru ini...Kurnikanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah....Amin....

Selamat Malam Sayang......

Menjadi aktiviti rutin sebelum tidur bercerita dengan anak2 dalam gelap......Cerita pula kena tanya setiap orang nak cerita apa....mula2 cerita untuk si abang....lepas tu cerita untuk kakak pula.......si kecik je belum ada cerita.....esok2 dah pandai bercakap mahunya aku kena ready 3 cerita setiap malam......

Anak2 paling suka cerita nabi-nabi....alhamdulillah sebab asyik cerita yang sama.....tugas aku dah jadi ringan.....mula2 aku ceritakan kepada wafi, lepas tu wafi pula bercerita kepada Hani.......tapi versi wafi masih memerlukan pengawasan dan bantuan......

Hani mudah jer....satu cerita tu dia suka ulang2....cerita yang paling lama aku ulang adalah cerita tentera abrahah.....sebulan lebih aku ulang.....kita nak cerita lain dia tak nak......sampai akhirnya Wafi cadangkan dia yang nak cerita.....cerita nabi Adam....

" Nabi Adamkan, dibuat daripada tanah.....Bila Allah dah siap buat Nabi Adam dia tiupkan roh....lepas tu Allah ajar nabi Adam macam2 benda yang ada kat dalam syurga.....Nabi Adam jer pandai....lepas tu Allah suruh la semua malaikat, iblis dengan setan sekali sujud kat Nabi Adam.....tapi kan setan ngan iblis tak nak sujud sebab dia kata dia sangat hebat...sebab dia buat daripada api.....jadi Allah pun marah...Allah campakkan iblis ke dalam api neraka..... walaupun dia buat daripada api bila Allah campak dia kat api neraka dia tetap sakit"

"mama sebab apa yer dia sakit juga?" Dalam bercerita pun Wafi ni suka juga ada selingan...
lagi satu tu taktik nak chek aku dengar ke tak cerita dia....

baru aku nak bercakap "sebab......"

"ha...sebab manusia kan buat daripada tanah....tapi kalau kita jatuh kat tanah pun kita sakit juga....macamtu la setan......"

"bila dah lama2 nabi Adam duduk jer sorang2 kat dalam syurga....dia tengok burung pun ada kawan......dia sedih.....Allah pun sian kat Nabi Adam...Allah pun buat la hawa daripada tulang rasuk..."

"bukan rasuk la Wafi tapi rusuk" aku menyampuk....Wafi ni ada sikit confius dengan perkataan

"ha..tulang rusuk nabi Adam, lepas tu Allah cakap buat la apa saja....makan la apa saja kat dalam syurga tapi jangan makan buah khuldi....tapi setan tu jahat dia rasuk"

".....bukan rasuk wafi tapi hasut......"

"setan tu hasut Nabi Adam dan Hawa, depa pun makan.....hawa telan sampai dalam perut....tapi Nabi Adam pula tersekat kat tekak dia...lepastuuu......to be continued.....dah, tido" Wafi menamatkan cerita dia pada Hani...

Begitula rutin cerita setiap malam....cerita sikit dan sambung esoknya.....

Yang lemahnya aku....Sebab aku memang lemah dengan sejarah Islam.....sememangnya menjadi cabaran untuk aku menambahkan pengetahuan dan ingatan dengan cerita-cerita sejarah Nabi dan sejarah Islam.....sebab sesi bercerita adalah sesi dalam gelap....sebelum tidur aku memang dah kena ready cerita untuk malam tu....tapi yang lemahnya kalau permintaan anak2 adalah terhadap cerita2 yang aku kurang ingat.....komannya mak di mata anak2....

Ya...Allah kuatkanla daya ingatanku....permudahkanla pencarianku dalam menguasai ilmu....Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah dan menjadikan nabi-nabi dan rasulMu sebagai Idola mereka....Amin

Pengajaran dan Teladan sebagai Tuan Rumah

Dah lebih sebulan tile rumah kami pecah, dah 3 minggu penyewa keluar, urusan 'mancantikkan' semula rumah masih belum selesai, penyewa baru sedang menunggu, dah desprate nak masuk. urusan dengan kontaktor pun satu hal, lepas seminggu-seminggu lagi delay, memang dugaan....

Ini merupakan pengalaman pertama kami penyewa keluar dari rumah. Walaupun dah ada checklist dalam kepala tapi entahlah....bila menerima kunci daripada penyewa semacam semua itu tak menjadi rujukan, deposit kami pulangkan semua walaupun was-was nak pulangkan tanpa mengambilkira tenant tu dah bayar semua bil-bil tertunggak atau belum, macam dah kena spell pula....

Sudahnya memang banyak benda nak kena buat, shower tak ada, tombol pintu semua kena tukar sebab kunci yang dia bagi bukan kunci yang betul, tingkap tercabut, stove yang kami bagi lesap, Indah Water tak bayar sampai dapat surat saman seminggu selepas dia keluar. Padahal katanya dia dah settlekan semua sebelum keluar. Kami ni lurus percaya bulat-bulat. SMS dan telefon dah tak berjawab. Memang dah selamat la, terpaksalah kami tanggung semuanya.....

Apapun semuanya menjadi pengajaran dan teladan untuk kami pada masa akan datang.

Sebagai tuan rumah bila berurusan dengan penyewa :-


  • mesti mempunyai kriteria penyewa yang jelas jika menggunakan agen

  • mesti menyemak latar belakang penyewa dan jangan percayakan agen bulat-bulat

  • mesti tegas dan berterus terang dalam berurusan dengan penyewa

  • jangan berselindung tentang keadaan rumah

  • mesti buat perjanjian bertulis

  • mesti ada senarai semak bertulis untuk semakan bersama penyewa apabila penyewa hendak keluar

  • mesti mendapatkan resit sebagai bukti bayaran oleh penyewa terhadap segala bil yang menjadi tanggunjawab penyewa

  • Jangan pulangkan deposit sehingga semuanya disemak

Sebagai tuan rumah apabila berurusan dengan kontraktor :-



  • Mesti tegas dan berterus terang apabila berurusan dengan kontraktor

  • Mesti bagi dateline dan pastikan kontraktor boleh mengikut dateline sebelum memberi persetujuan, jika tidak cari kontraktor lain.

  • Mesti dapatkan sebutharga dari kontraktor sebelum projek dimulakan walau sekecil mana pun projek yang hendak dibuat

Itulah antara kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang berurusan dengan penyewa dan kontraktor untuk rumah ini.


Cuma yang aku sedih adalah sikap kontraktor Muslim yang kurang profesional. Aku sentiasa ingin berurusan dengan Muslim kerana ingin menaikkan taraf ekonomi Melayu Muslim disamping dapat membantu Muslim yang lain melalui zakat yang dibayar oleh Muslim tersebut. Tetapi aku sering kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Melayu Muslim terutama dengan janji yang tidak ditepati. Ya Allah, Jauhkanlah aku dari persepsi yang tidak baik terhadap sesama Muslim terutama dalam Mua'malatku seharian....


Apapun aku berharap kontraktor dapat menyiapkan rumah aku seperti yang dijanjikan supaya kami juga tidak menjadi munafik kerana tidak dapat menunaikan janji dengan penyewa baru.


Ya Allah permudahkanlah urusan kami.....Amin.....


Allah Maha Mengetahui.....

' It was 3am on 23.4.2011, I was awake, my pregnant wife was sleeping, my sister and her daughter from India was sleeping in the guest room, suddenly I heart a small cracking sound, suddenly the sound turn to be like earthquake, I saw all tiles exploted. Was really horrifing. All of us still in the state of BIZARRE. Please come and visit your house'

Dalam keadaan ‘lalok’ baru bangun dari tidur membaca sms berkenaan aku dah confius, karangan apa pula si Christina ni nak bagi kat aku, bila aku ulang membaca barula aku faham. Something happen to my house. Macam mana yer, mak, ayah, baba dan adik ada kat rumah. Kami ada misi untuk diselesaikan pada hari ini bagi pihak adik perempuan aku.

Mmm….bolehla aku guna alasan ini untuk mengukuhkan lagi ketidakdapatan kami menyertai misi berkenaan. Sememangnya dari awal aku dah maklum kat mak yang aku sebolehnya memang tak nak menyertainya. Terima kasih mak kerana memahami. Maaf andainya mak terasa hati juga.

Pagi itu setelah menghantar orang tua ke destinasi yang dikehendaki, jam sebelas pagi kami sampai ke rumah tersebut seperti yang dijanjikan. Sampai ke sana kami ke management office terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastuan mengenai situasi yang berlaku. Akhirnya kami memahami keadaan sebenar. Kami dimaklumkan bahawa hampir 50% rumah di situ mengalami situasi yang sama. Cuma waktunya sahaja berbeza. Cuma bagi mereka yang menerima nasib tersebut lebih awal, ketika rumah masih dalam warranty, maka mereka lebih beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan wang sendiri. Tetapi kami…..mmm terpaksa la korek kat mana-mana yang boleh. Apa nak buat. Dah begitu ketentuannya.

Dah selesai urusan kat office kami terus bergegas menuju ke rumah, Si Christina dan suaminya sedang menunggu. Melihat keadaan dalam rumah speechles kami dibuatnya



Sofa pun terangkat




Rekahan di ruang makan





Keadaan di hadapan pintu



Ruang Tamu



mmm….begitulah keadaan ruang yang sempat aku snap…. Dalam bilik aku tengok je, tak ambil gambar pun. Tapi apa pun aku bersyukur atas ujian Allah. Allah telah memberikan satu penyelesaian yang bagus kepada kami semua dengan ujian ini.

Alhamdulillah…Terima kasih ya Allah.



Naik lagi......

Lama aku tak jengok blog ni, sedikit ujian tanda kasih sayang Allah. Alhamdulillah akhirnya mata aku dah baik walaupun masih berbaki ketidakselesaannya. Hampir 3 minggu aku MC akibat sakit mata. Hari aku cuti pula sebab Wafi demam.

Masih berbaki lagi isu kewangan kami bincangkan dalam keluarga...berbincang tentang bajet family FnF untuk tahun 2011. Bajet disesuaikan selaras dengan kenaikan harga barang dan juga komitmen tambahan yang lain. Tiba-tiba last week dapat pula notis yang parking ERL akan mula dikenakan berkuatkuasa 15 Januari 2011. Kalau dikira per-entry masih boleh diterima. Ini dikira perjam. RM 1 untuk setiap jam. Memang mata RM betul la PJH ni. Bukannya dia tak tau yang orang parking kat situ kebanyakannya pergi kerja. Mana ada orang parking 2 3 jam. paling kurang pun waktu kerja 8 jam. Ditambah waktu rehat tengahari n perjalanan pergi balik 2 jam dah 11 jam. Maknanya setiap hari paling kurang hubby kena bayar parking RM 11. Sebulan paling kurang 22 hari . 22 x RM 11 = RM 242. Ini kira kes normal. Tapi kalau dah asyik dok balik lewat mahunya mencecah RM 300. Kalau tambang ERL murah ok la juga. ini tambang ERL pun 'nalla' punya mahai. Itula.... Malaysia Boleh....

Hari ini hari pertama parking kena bayar sebab 15.1.2011 adalah hari Sabtu. Hubby cakap cuba dulu hari ini parking kat tepi2 yang tak berbayar, kalau kena saman terpaksa aku hantar hubby pergi balik ke stesen ERL. Walaupun sedikit susah tapi berbalou rasanya. Dari bayar RM 242 tu kat PJH baik la masuk duit tu kat bajet percutian kami. Kalau kumpul setahun dah dekat RM3000. Cukup untuk sekali percutian dalam negara. hehe.

Tadi hubby call cakap memang parking kosong. Semua orang parking kat tepi2. Pastu pula ramai yang bawa motor. Ada juga perancangan nak bawa motor. Tapi motor kat rumah tu dah lama tak dipedulikan. Pastu lak geran pun entah ke mana. Banyak urusan nak kena buat untuk naik motor tu semula. Hubby pun sedikit fobia nak naik motor sejak accident 2006 yang lalu.

Aku pun tak tau la macam mana Putrajaya ni. Harap kepada bangunannya yang cantik-cantik. Taman yang indah-indah. Kuarters kerajaan boleh tahan banyak. Tapi semuanya harta kerajaan bukannya hak rakyat pun. Maju ka Putrajaya ni...Bak kata Ust. zaharudin...kekuatan ekonomi pada sesebuah negara bukan pada berapa banyak harta kerajaan tapi berapa penuh poket rakyat. Tapi kalau dah semuanya mahal, banyak yang keluar, memang la takkan penuh, macam berlubang ja la poket kita. Dunia...dunia.....

Semalam tengok Oprah cerita pasal kewangan....tipsnya tak boleh nak digunakan sebab tak sesuai dan tak ada pun sistem tu di Malaysia. Tapi yang aku seronok tengok harga barang. Patut la Office mate aku cakap kat sana murah. Air dalam kotak tak sampai pun $1. Ayam sekor baru $2.5. MasyaAllah gila punya murah. Walaupun program tu yang 2008 punya tapi kalau kita banding dengan 2008 Malaysia masih la murah. Tapi tak boleh la convert ke RM untuk buat perbandingan kecuali gaji yang depa dapat pun kita convert ke RM juga. Maksudnya harga barang mereka memang murah compare dengan pendapatan mereka. Orang tu beli barang dapur penuh troli pun tak sampai $50. Agaknya dalam mimpi pun aku tak dapat harga tu bila shoping di Malaysia.

Sepanjang hidup aku belum jumpa anouncement harga barang turun....kecuali sekali harga minyak turun....adakah aku tertinggal pengumuman tu....atau memang itula MALAYSIA tanah airku....