Puasa & Ramadhan

Dah lama tak jenguk blog ni, bulan puasa ni asyik ngantuk je, lepas solat maghrib memang dah tak tahan, mesti kena tidur dulu, si abang dan kakak selalunya hubby yang layan, aku tidur dengan si kecik.

Pejam celik pejam celik Ramadhan pun dah nak masuk 10 akhir, kat mana aku yer Ramadhan ni, banyak juga benda tak terbuat, Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan.
Minggu pertama puasa aku tak masak sangat, hubby asyik beli ja, katanya kesian pula aku balik nak masak, tapi iyala kalau nak beli hari2 tak hadap jugak aku, orang berniaga pula mahalnya Masyaallah....itu la, bila ingat2 balik andainya la aku duduk kat kampung...
Sebut pasal kampung tahun ni kami tak balik sambut puasa di kampung. Cuma balik seminggu sebelum puasa, itu pun sekadar semalam ja singgah, kebetulan aku ada kerja di sungai petani, lagi pun mak dan ayah nak ke mekah menunaikan umrah...alhamdulillah tertunai juga hajat mak nak ke rumah Allah....aku? entah la..bila agaknya.
Alhamdulillah Wafi puasa juga walaupun dah 2 hari dia tinggal. Sebelum puasa asyik tanya bila puasa. Hari pertama puasa bukan main semangat bangun sahur, penuh ceria, tapi balik petang dah melepek, kesian pula tengok. Tapi Alhamdulillah dia dapat bertahan sampai petang.
Kali pertama dia tinggal, terkilan juga aku sebab dia berbuka dah 5 petang. hari tu cuti. Pukul 5 tu dia tersenyum-senyum, aku tanya kenapa? Katanya baru je buka puasa, minum air sebab dahaga, nak cakap apa lagi dah, membebel je la sikit2, pastu masa berbuka tak bagi dia makan sama, tapi tak sampai hati pulak, sekejap jer la. pastu panggil makan sekali. Kali kedua berbuka dia kata sebab puasa dia dah batal sebab korek hidung. Aku sekadar membetulkan fahamannya. Moga2 dia faham.

Semalam semua serba tak kena pada Wafi. Aku pun rasa macam penat membebel. Berbeza dengan hari ini. Mood Wafi baik sekali. Segalanya baik sahaja. Habis satu rumah dikemasnya. Atas bawah. Pagi2 bangun dah baca Muqaddam. Semuanya dibuat tanpa disuruh. Layan adiknya dengan baik sekali. Tolong jaga baby tanpa disuruh. Buat salah terus minta maaf. Adiknya buat salah dicakapnya baik2. Yang buat aku confius tu TV tak tengok. Siap tanya lagi "Mama, ada apa2 tak yang Wafi boleh tolong lagi" Entahla mungkin segala nasihat aku semalam kena dosnya. Aku percaya bahawa nasihat itu adalah ubat. Kalau betul dosnya InsyaAllah menjadi. Tapi kalau salah dos lain pulak jadinya. Mungkin akan bertambah parah. Ya Allah engkau kekalkan segala kebaikan anak-anakku. Amin.

Semoga Ramadhan yang berbaki ini dapat aku sekeluarga imarahkan dengan sebaiknya. Ya Allah engkau kurniakanlah kekuatan kepada kami dalam menghidupkan malam-malammu Ya Allah. Engkau temukanlah kami dengan Lailatul Qadarmu Ya Allah. Engkau permudahkanlah urusan kami. Engkau jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang melalaikan. Rahmatilah hidup kami.....Amin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment