Kemana Wang Anda...

Selalunya orang bila dah keja mula pasang angan-angan nak pakai kereta, kereta yang diangan-angankan tu kebanyakannya tak sepadan dengan gaji yang ada. Aku pun dulu macam tu juga, tapi aku kira dahsyat juga, belum keja dah beli kereta. Duit hantaran kahwin aku buat bayaran muka. Gaji yang belum pasti masuk dalam tangan dah buat kira-kira. Bayar kereta yang utama. Alhamdulillah pinjaman pengajian aku boleh ubah. Dengan rezeki kurniaan Allah pinjaman aku dianggap biasiswa. Selamat satu bab.

Alhamdulillah juga bila tiba masanya aku ditempatkan di Utara sana, negeri sempadan Siam. Jimat belanja walaupun habis untuk suami berulang alik 2 minggu sekali, KL - Kangar. Alhamdulillah lagi aku tinggal bersama nenek saudara. Banyak faedahnya. Terasa masih bersama keluarga walaupun jauh dari suami dan mak ayah. Memang banyak penjimatan yang berlaku. Banyak kesenangan yang dikurniakan. Bangun pagi makanan dah tersedia, balik kerja tunggu nak makan je. semua complete. Terima kasih Tokngah atas bantuan dan perhatian yang diberikan sepanjang 6 bulan aku bersama menumpang kasih Tokngah di Perlis sana. Cuma kadang-kadang terasa malu juga bila apa yang dihulur asyik di tolak.

Berbalik kepada kereta, di kampung sana aku tengok ramai anak muda yang baru bekerja membeli kereta, keretanya bukan sembarangan. Yang pastinya tidak sepadan dengan gajinya. Yang layak beli kancil membeli kancil beli Myvi, layak Myvi beli Toyota, layak Toyota beli Honda. Macam tu la kiranya. Sudahnya tak sampai berapa bulan pakai, kereta dah disorok sebab tak bayar installment. Tak pun hujung-hujung bulan kereta tak bergerak sebab tak cukup duit nak isi minyak. Tu belum kira cukup tahun nak bayar insurance dan road tax.

Bulan sudah adik tepon minta tengok-tengokkan kereta yang sesuai dengan dia. Bajet maksimum installment RM 500. Dia baru start keja, ada shift, memerlukan transport. Katanya dia pun dah bagitau ayah minta tengok-tengokkan juga. Aku agak kalau dah bagitau ayah mesti cepat je dia tengok. Itu la ayahku, kalau buat apa pun mesti cepat. Semangat gitu. Kita baru je cadang-cadang nak buat apa-apa, tengok-tengok dia dah buat. Sangkaan aku tepat. Dua hari lepas tu ayah telefon dia dah booking semua, dah bincang dengan bank siap.

Aku sebenarnya kurang yakin dengan keputusan adik aku seorang ini. Sebolehnya aku tidak mahu dia melakukan kesilapan yang boleh dielak dalam urusan kewangan ini. Aku dulu kurang merujuk dan membuat rujukan. Jadi biarlah adik-adik kat bawah ni membuat penelitian semaksimum mungkin agar tidak mengalami masalah dikemudian hari

Minggu lepas masa dia datang kerumah setelah sekian lama tertangguh janjinya dengan anak buah.

"Aku nak tanya ni, hang dah pikiaq habih ka nak beli keta ni? Dah buat kiraan betul-betul ke?" Aku memulakan perbualan.

"Aku dah kira cukup la" Jawabnya

"Kalau cukup takpa la, tapi masuk je gaji, yang penting tolak simpanan dulu, 10% pun jadi la. duit minyak, tol, maintenance, insurance roadtax, semua tu masuk dalam kiraan hang tak"?

"Tu la, aku susah hati juga, nak kira kalau nak ketepikan insurance dengan roadtax siap-siap tu macam tak berapa nak cukup ja" adik aku menyuarakan rasa hatinya.

"mmm...kalau ayat hang dah macam tu, lebih baik hang pikiaq balik hasrat hati hang tu. Buat kiraan betul-betul, aku bukan tak mau bagi hang beli kereta, tapi kereta yang dipilih biar la sesuai"

"Tujuan hang beli kereta untuk apa? nak pi kerja ja kan, tu pun kalau shift malam ja, balik kampung bukan yang utamakan? Hidup biar di bawah kemampuan, kiraan hang biar ada extra, kalau mampu beli Myvi beli la Viva, mampu beli Civic beli la Vios" hubby menyokong saranan aku

"Hang boleh pertimbangkan untuk beli kereta second hand, cari kereta yang masih elok untuk mengurangkan maintenance, lagi pun tempat letak kereta kat rumah hang tu tak seronok juga kalau letak keta baru" Aku mencadangkan pilihan lain.

Setelah berbincang aku tengok adik aku pun serba salah. Apa pun aku harap dia akan membuat pertimbangan yang betul bermula dari awal bekerja. Sebab hutang yang bakal ditangguh bukan untuk tempoh beberapa bulan, tapi bertahun. Aku mencadangkan buku Ke Mana Wang Anda oleh Hajah Rohani Dato' Mohd. Shahrir dalam koleksi kami untuk dibaca sebagai bahan bacaannya yang pertama berkaitan pengurusan kewangan. Kami mempunyai banyak koleksi buku berkaitan kewangan dan property. Semuanya dibeli untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki amalan kami dalam pengurusan kewangan peribadi. Aku kira adik aku lebih bernasib baik berbanding kami yang setelah bekerja hampir 10 tahun baru menyedari keperluan dalam ilmu pengurusan kewangan peribadi. InsyaAllah untuk anak-anak akan aku cuba terapkan ilmu dan kemahiran ini bermula dari mereka kecil. Moga-moga satu hari nanti anak aku akan menjadi penyumbang zakat terbesar dalam menegakkan ekonomi Islam. InsyaAllah.
  • Hiduplah di bawah kemampuan....

  • Kurangkan hutang....

  • Banyakkan simpanan / pelaburan.....

  • Utamakan keperluan yang penting sahaja.....

  • Kurangkan kehendak / keinginan....

  • Hiduplah secara sederhana....

  • Kurangkan semak dalam fikiran dan kehidupan....

  • Bersyukur atas apa yang di kurniakanNya

"Orang kaya adalah orang yang mempunyai kehendak yang tidak banyak"

No comments:

Post a Comment