Nak balik ke tak balik…….

Minggu ni kenduri kahwin abang ipar. Sebagaimana yang dihajatkan, Walaupun 2 hari je sebab anak sekolah kami tak kisah. Tetapi kendurii tu bukan la apa sangat. Yang penting jumpa orang tua dan saudara mara. Cuma yang tak bestnya, tiba-tiba saja dapat arahan ada bengkel kat Seremban. Program bermula malam Isnin. Padahal kami dah plan balik dari kampong malam tu. Kami pun dah serba salah, hubby pula tersangat sibuk 2 – 3 minggu ini. Hari-hari balik lewat, paling awal pun jam 10 mlm, kadang-kadang kami dah tidur, ada sekali tu network problem, hubby telefon tak dapat. Lama dia ketuk kami kat atas tak dengar.

Pagi tadi hubby cakap kita balik jer la walaupun sekejap, katanya dia boleh drive, OK kot. Barang semua dah siap. Kami memang semangat nak balik kampong. Selalu pun memang macam tu, nak balik kampong memang semangat tapi nak balik sini balik MasyaAllah….bercinta..

Kejap tadi mak dengan mak mertua telefon, tengah sibuk-sibuk la tu buat persiapan untuk kenduri esok.

“hangpa nak balik ka, kalau tak larat tak payah balik la, mak tak kisah pun, lain kali la balik” Tanya mak mertua

“Entah la mak, kami ni memang dah siap semua nak balik, tapi tak tau la kot Fadzil berubah fikiran, dia yang nak bawa kereta” aku menjawab

Telefon berpindah tangan

“Mak risau la kalau hangpa balik sat-sat macam ni, letih nak bawa keta, balik pun tak dan buat apa” Mak pula bersuara

“ Fadzil kata dia larat, cek Ok ja, tak kisah, barang memang dah siap dah, habis kerja ni tunggu nak jalan ja” aku menjawab

“Kesian kat anak-anak hang, depa pun mesti letih, wafi nak sekolah lagi, wajdi pun kecik lagi, sat lagi demam ka apa susah pula, bukannya dekat hangpa nak balik, pastu letih bawa keta, mengantuk ka apa” Mak menyuarakan kerisauannya lagi.

“InsyaAllah tak dak apa mak, mak doakan kami selamat sampai dan selamat balik, setakat ni keputusan kami memang nak balik, tapi cek tak tau la kot Fadzil berubah hati petang ni, kot dia letih ka apa” Aku memohon doa seorang Ibu.

Sebenarnya memang nak balik, tapi situsi memang semua serba tak kena. Tahun ni kami memang susah sikit nak buat perancangan untuk balik kampong, Wafi dah sekolah. Kalau dulu kami boleh ambil cuti bila-bila masa kami free. Kalau ada cuti umum apa-apa kami boleh sambung cuti panjang. Tapi zaman itu sudah berlalu. Sekarang ni persekolahan anak perlu diambil kira.

Seronoknya kalau boleh bekerja dekat dengan kampong halaman. Dekat dengan orang tua.

"Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami pergi dan balik. Sempurnakanla hajat kami untuk bertemu ibu dan ayah yang tercinta, Amin"

No comments:

Post a Comment