Naik...Naik...Naik

Macam-macam barang naik, tak ada pun yang turun......minyak, gas, gula, tepung, bawang ntah apa lagi, semuanya naik. Aku ni kadang2 malas nak ambil pusing sangat kenaikan harga barang2 ni, sekadar merungut sikit-sikit. Apa nak buat, sumbangan tangan aku belum mampu membawa perubahan. Terasa memang la terasa. Tambah-tambah dengan pertambahan ahli keluarga. Tapi apa pun hidup harus diteruskan.

Increment yang masuk tak ada la sebanyak mana, tapi keluarnya MasyaAllah. Memandangkan gaji dah masuk tadi kami pergi langsaikan bayaran nursery anak-anak, yuran untuk tahun depan. Menggigil juga tangan nak bayar, lari juga bajet kami. Total kami kena bayar RM 1547.00. Bayaran nak masuk universiti pun tak sebanyak itu. Tahun ni yuran bulanan 3 orang permata hati kami RM 670. Bayaran asal RM 700. Setelah berunding dapat la kurang RM30. Tahun depan yuran naik lagi. RM 780. Tak ada diskaun. Alasan pihak pengurusan sewa bangunan dan harga barang2 naik. Faham atau tidak kami terpaksa memahami dan menerimanya. Itu kira taska / tadika pilihan kami bukanla yang ada 'brand'. Kalau yang ada brand tak tahu la aku. Lepas ni aku kena kurangkan OT. Tahun ini OT tiap2 bulan mencecah RM 200.

Tadi kami bayar yuran bersama Wafi, Alhamdulillah sedikit sebanyak Wafi telah memahami tentang kewangan, tentang bajet, tentang berjimat cermat. Sedang mengira2 keperluan sekolahnya yang belum diselesaikan, sempat juga dia offer duit yang dia kumpul untuk membeli barang mainannya.

"Mama, kalau tak cukup mama ambil la duit Wafi tu, Wafi tak payah beli mainan, beli Hani punya je" Dalam suka2 usik adik2, dia sentiasa mengutamakan adiknya dalam banyak hal.

Teringat aku kata-kata seorang penceramah....kalau hidup kat KL ni gaji RM 3000 kira kategori miskin....kalau melihat kepada harga barang2 sekarang cakapnya memang betul....Mana taknya, perbelanjaan untuk seorang anak paling kurang pun RM 500. Itu baru basic iaitu upah pengasuh, susu dan pampers. Itupun kalau anak tak banyak songeh. Dibuatnya anak kulit sensitif, ada alergi, minum susu berasaskan soya, pampers yang mahal je, mahu dekat RM800. Belum kira baju dan sampingan lain, perubatan lagi, insuran pendidikan. Mahu kena 1k. Rumah RM500. Transport RM500. Bil telefon, api, air, makan kat ofis, makan kat umah, kalau ada kereta, nak bayar road tax, insuran, servis lagi. Kalau kampungnya jauh, nak balik kampung sekali sekala, entah la memang tak cukup. Itu baru anak sorang, kalau anak ramai tak payah cakap la. Nak pula rapat2, setahun seorang, semua nak pakai pampers lagi....tak tahu la aku nak cakap.

Saudara mara dan kawan2 ada juga bertanya bila nak tambah ahli. Entahla, kadang2 bila Wafi selalu cakap nak sama banyak "boy" n "girl" teringin juga aku nak menambah ahli. Tapi bila melihatkan perbelanjaan sedia ada aku jadi takut. Takut tak dapat memenuhi keperluan anak2. Kata orang setiap anak yang lahir pasti ada rezekinya. Ya, memang setiap yang lahir telah ditentukan rezekinya. Tapi kita juga perlu merancang. Kalau memang dah kerja dengan orang dan tak berhajat pula nak buat kerja sampingan rezeki tambahan mananya untuk anak tu. Tapi iyala segalanya dari Allah, kalau dah rezeki nak dapat ahli baru kami menerimanya dengan tangan terbuka. Kita hanya mampu merancang, walaubagaimanapun perancangan dan pemberian Allah itu adalah yang terbaik untuk kita yang kita tidak dapat menjangkanya.

Antara aktiviti kegemaran kami sekeluarga adalah lawatan ke show house. Pantang ada launching rumah baru pasti kami akan ke sana. Saja mengisi masa terluang dan meninjau2 kawasan. Ini pun masuk bab harga naik. Takut aku tengok harga rumah sekarang ni. Harga melambung-lambung. Memang tak mampu nak membeli rasanya. Bayangkan kalau rumah teres sekarang ni semuanya starting dekat RM400k. Gila. Mana mampu orang kebanyakan nak beli rumah.

Dulu aku rasa kalau shoping penuh troly baru RM 200 kot. Sekarang kalau sekali shoping penuh troly kadang-kadang RM500 pun belum tentu cukup. Entahla, bercakap bab ini takut aku jadinya. Tak nak la aku panjangkan lagi. Apa pun aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini.

Ya Allah, Engkau murahkanla rezeki kami melalui sumber yang Engkau redhai. Engkau berkatilah rezeki kami Ya Allah. Engkau bimbinglah kami dalam membelanjakan segala pemberianMu ke jalan yang engkau redhai. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment