Allah Maha Mengetahui.....

' It was 3am on 23.4.2011, I was awake, my pregnant wife was sleeping, my sister and her daughter from India was sleeping in the guest room, suddenly I heart a small cracking sound, suddenly the sound turn to be like earthquake, I saw all tiles exploted. Was really horrifing. All of us still in the state of BIZARRE. Please come and visit your house'

Dalam keadaan ‘lalok’ baru bangun dari tidur membaca sms berkenaan aku dah confius, karangan apa pula si Christina ni nak bagi kat aku, bila aku ulang membaca barula aku faham. Something happen to my house. Macam mana yer, mak, ayah, baba dan adik ada kat rumah. Kami ada misi untuk diselesaikan pada hari ini bagi pihak adik perempuan aku.

Mmm….bolehla aku guna alasan ini untuk mengukuhkan lagi ketidakdapatan kami menyertai misi berkenaan. Sememangnya dari awal aku dah maklum kat mak yang aku sebolehnya memang tak nak menyertainya. Terima kasih mak kerana memahami. Maaf andainya mak terasa hati juga.

Pagi itu setelah menghantar orang tua ke destinasi yang dikehendaki, jam sebelas pagi kami sampai ke rumah tersebut seperti yang dijanjikan. Sampai ke sana kami ke management office terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastuan mengenai situasi yang berlaku. Akhirnya kami memahami keadaan sebenar. Kami dimaklumkan bahawa hampir 50% rumah di situ mengalami situasi yang sama. Cuma waktunya sahaja berbeza. Cuma bagi mereka yang menerima nasib tersebut lebih awal, ketika rumah masih dalam warranty, maka mereka lebih beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan wang sendiri. Tetapi kami…..mmm terpaksa la korek kat mana-mana yang boleh. Apa nak buat. Dah begitu ketentuannya.

Dah selesai urusan kat office kami terus bergegas menuju ke rumah, Si Christina dan suaminya sedang menunggu. Melihat keadaan dalam rumah speechles kami dibuatnya



Sofa pun terangkat




Rekahan di ruang makan





Keadaan di hadapan pintu



Ruang Tamu



mmm….begitulah keadaan ruang yang sempat aku snap…. Dalam bilik aku tengok je, tak ambil gambar pun. Tapi apa pun aku bersyukur atas ujian Allah. Allah telah memberikan satu penyelesaian yang bagus kepada kami semua dengan ujian ini.

Alhamdulillah…Terima kasih ya Allah.



2 comments:

  1. kak fazilah, ni rumah kat gombak ye...ishh, teruk juga ye..nasib baik penghuninya tak de apa2..alhamulillah...moga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga

    ReplyDelete
  2. yup....sedang berurusan untuk mencantikkan semula rumah...boleh tahan juga ceritanya.....semuanya memberikan pengalaman dan pengajaran yang berguna untuk teladan pada masa depan...InsyaAllah

    ReplyDelete