Pengajaran dan Teladan sebagai Tuan Rumah

Dah lebih sebulan tile rumah kami pecah, dah 3 minggu penyewa keluar, urusan 'mancantikkan' semula rumah masih belum selesai, penyewa baru sedang menunggu, dah desprate nak masuk. urusan dengan kontaktor pun satu hal, lepas seminggu-seminggu lagi delay, memang dugaan....

Ini merupakan pengalaman pertama kami penyewa keluar dari rumah. Walaupun dah ada checklist dalam kepala tapi entahlah....bila menerima kunci daripada penyewa semacam semua itu tak menjadi rujukan, deposit kami pulangkan semua walaupun was-was nak pulangkan tanpa mengambilkira tenant tu dah bayar semua bil-bil tertunggak atau belum, macam dah kena spell pula....

Sudahnya memang banyak benda nak kena buat, shower tak ada, tombol pintu semua kena tukar sebab kunci yang dia bagi bukan kunci yang betul, tingkap tercabut, stove yang kami bagi lesap, Indah Water tak bayar sampai dapat surat saman seminggu selepas dia keluar. Padahal katanya dia dah settlekan semua sebelum keluar. Kami ni lurus percaya bulat-bulat. SMS dan telefon dah tak berjawab. Memang dah selamat la, terpaksalah kami tanggung semuanya.....

Apapun semuanya menjadi pengajaran dan teladan untuk kami pada masa akan datang.

Sebagai tuan rumah bila berurusan dengan penyewa :-


  • mesti mempunyai kriteria penyewa yang jelas jika menggunakan agen

  • mesti menyemak latar belakang penyewa dan jangan percayakan agen bulat-bulat

  • mesti tegas dan berterus terang dalam berurusan dengan penyewa

  • jangan berselindung tentang keadaan rumah

  • mesti buat perjanjian bertulis

  • mesti ada senarai semak bertulis untuk semakan bersama penyewa apabila penyewa hendak keluar

  • mesti mendapatkan resit sebagai bukti bayaran oleh penyewa terhadap segala bil yang menjadi tanggunjawab penyewa

  • Jangan pulangkan deposit sehingga semuanya disemak

Sebagai tuan rumah apabila berurusan dengan kontraktor :-



  • Mesti tegas dan berterus terang apabila berurusan dengan kontraktor

  • Mesti bagi dateline dan pastikan kontraktor boleh mengikut dateline sebelum memberi persetujuan, jika tidak cari kontraktor lain.

  • Mesti dapatkan sebutharga dari kontraktor sebelum projek dimulakan walau sekecil mana pun projek yang hendak dibuat

Itulah antara kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang berurusan dengan penyewa dan kontraktor untuk rumah ini.


Cuma yang aku sedih adalah sikap kontraktor Muslim yang kurang profesional. Aku sentiasa ingin berurusan dengan Muslim kerana ingin menaikkan taraf ekonomi Melayu Muslim disamping dapat membantu Muslim yang lain melalui zakat yang dibayar oleh Muslim tersebut. Tetapi aku sering kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Melayu Muslim terutama dengan janji yang tidak ditepati. Ya Allah, Jauhkanlah aku dari persepsi yang tidak baik terhadap sesama Muslim terutama dalam Mua'malatku seharian....


Apapun aku berharap kontraktor dapat menyiapkan rumah aku seperti yang dijanjikan supaya kami juga tidak menjadi munafik kerana tidak dapat menunaikan janji dengan penyewa baru.


Ya Allah permudahkanlah urusan kami.....Amin.....


No comments:

Post a Comment