susu ibu....

Hari ini baru la aku masuk ke pejabat setelah hampir seminggu tidak ke pejabat, minggu lepas cuma sehari masuk pejabat kerana akau berbengkel di luar daerah, minggu ni pula aku tidak sihat, mula-mula cirit-birit, lepas tu demam dan sakit kepala, biasa la kalau dah lama tak masuk pejabata banyak perkara yang perlu dilihat.

Bila ada baby perkara yang paling membimbangkan aku adalah apabila perlu outstation. Niat di hati ingin menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun seperti yang dituntut dalam Islam, anak pertama aku telah terlepas sunnah itu kerana apabila lepas berpantang aku telah diarahkan untuk bertugas di luar sehingga 2 minggu berturut-turut. Makanya Wafi hanya dapat menikmati susu ibu 2 bulan sahaja.

Anak kedua pula hanya bertahan selama satu tahun, itupun campur juga dengan susu formula. Untuk anak ketiga ini aku berazam untuk menyusukan dia secara ekslusif sehingga 2 tahun. InsyaAllah. Oleh itu menjadi keutamaan aku untuk memastikan walau apa pun yang berlaku production mesti dibuat. Lagi pun untuk anak ketiga ini di pejabat kami ibu-ibu bersambung-sambung bersalinnya, lepas seorang-seorang. Jadi kami mempunyai ramai kawan-kawan yang mendorong antara satu sama lain untuk memberikan susu ibu secara ekslusif kepada anak masing-masing. Terima kasih kepada Aryati teman yang mempelopori kumpulan penyusuan ibu secara ekslusif di pejabat ini dan sekaligus menjadi pendorong utama kepada kawan-kawan.

Masa berbengkel minggu lepas aku berkongsi kereta dengan aida, rakan sepejabat yang sama-sama menyusukan anak. Hari pertama taklimat sebelum mula berbengkel agak panjang. Memandangkan waktu rehatnya lambat kami tanpa berfikir panjang melakukan aktiviti production kami di dalam dewan tersebut. Kebetulan kami memilih tempat duduk di belakang. Jadi dapat la kami melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya. Kelakar pula rasanya. Alhamdulillah. Hari ketiga habisnya tengahari, oleh itu kami bercadang untuk mencari keperluan baby dan keperluan untuk storage susu. Biasala perempuan bila dah jalan asyik pula, kebetulan pula aku terjumpa kawan seuniversiti yang telah lama tidak bertemu. Lama pula berboraknya. Memandangkan dah lewat kami mengambil keputusan untuk mengepam susu di dalam kereta sahaja. Untuk menjimatkan masa aida menawarkan diri untuk memandu memandangkan dia menggunakan pam elektrik, aku menggunakan pam manual. Dengan itu dapat la kami masing-masing mengepam dengan jayanya.

Semalam memandangkan aku masih belum sihat aku mengambil keputusan untuk bercuti. Anak-anak tidak pula dihantar ke Nursery dengan harapan mereka tidak membuat kerenah yang akan menambahkan sakit aku nanti. Tapi budak-budak biasa la. Terpaksala bersabar melayan kerenah mereka. Wajdi pula macam kurang je menyusu, jadi aku tetap mengepam susu di rumah. Sedang mengepam si wafi minta dipotongkan limau Sunkist untuk dia makan. Aku pun minta dia tunggu sebentar sehingga aku selesai mengepam. Dah lama agaknya dia menunggu tiba-tiba…


'antara stok yang ada'


“mama ni macam nak buka farm la sebab dok suction susu tu”

“a’ah, mama nak buka farm bagi baby minum banyak-banyak, nak kasi dia gemuk” aku membalas

“kenapa mama tak pergi farm atau panggil je farmer suruh dia buat suction” wafi ni ada je ideanya.

“Buat apa mama nak suruh farmer buat suction kalau mama pandai buat sendiri, kalau lembu kat farm tu lain la dia tak pandai suction sendiri” aku menjawab

“o…tak pe la mama buat la suction dulu, wafi sabar” dia dah mati akal la tu nak suruh aku cepat.

Apa pun aku berharap azam dan hasrat aku ini tercapai dengan sokongan dari keluarga tersayang dan kawan-kawan seperjuangan. Semoga aku dapat memberikan susu yang terbaik iaitu susu ibu untuk anak-anak seperti mana mak dulu memberikan kami 10 beradik dengan susu ibu seperti yang dituntut dalam Islam.

No comments:

Post a Comment